Semakan CCTV Trafik Di Highway PLUS (LIVE)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Semakan PLUS CCTV highway LIVE & cara check status trafic di lebuhraya bagi memudahkan anda mengatur perjalanan.

Lain: Harga Tol PLUS Terkini Setiap Laluan Di Malaysia

Cara Check Status Trafik Di Lebuhraya Sesak Secara Live Melalui Portal LLM

Anda boleh check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia secara LIVE.

Ini caranya:

  1. Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Status Trafik Semasa.
  3. Kemudian, pilih lebuhraya mana yang kita nak tengok.
  4. Nanti akan dipaparkan rakaman CCTV Live view dari setiap kamera yang ada dekat highway tu. 

Cara Check CCTV Highway PLUS Melalui Apps

Dengan Aplikasi PLUS (Google PlayStore) dan (Apple Store), anda boleh mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik dan melihat secara langsung melalui kamera CCTV sepanjang lebuh raya untuk anda merancang perjalanan.

Di samping itu, anda juga boleh memesan makanan melalui #OrderDisini, mengetahui maklumat kadar bayaran tol atau menekan butang SOS untuk mendapatkan bantuan.

Cara Check CCTV Highway Melalui Laman Web Jalanow

Ini yang paling mudah! Anda juga boleh membuat semakan CCTV di lebuhraya secara LIVE melalui pautan https://www.jalanow.com/malaysia-highways-live-traffic-cameras.htm

cctv highway

Diharapkan info PLUS CCTV highway di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: [LIVE] Semakan CCTV Trafik Di Highway PLUS (ecentral.my)