Senarai Status Poslaju Parcel Hub Yang Perlu Anda Tahu

Berikut adalah senarai 12 status pos laju parcel hub yang perlu anda tahu jika anda selalu membeli barang secara online dan penghantaran dilakukan menggunakan perkhidmatan pos laju / poslaju.

Tips Poslaju Lain: Harga Pos Laju 2021 Terkini (Harga Kotak & Sampul Prabayar)

Pos Laju Parcel Hub

Dibawah ini adalah maksud untuk semua status yang digunakan oleh pihak poslaju.

Item posted over the counter

Bungkusan barang baru saja tiba di pejabat Poslaju. Pihak yang bertugas baru saja scan kod bar yang ada pada bungkusan untuk masuk ke dalam sistem.

Consignment received and processed from posting at Post Offices

Bungkusan telah diterima oleh pihak pejabat pos utama. Kini bungkusan sedang diproses mengikut poskod alamat si penerima.

Item dispatched out

Bungkusan telah mula di bawa keluar dari pejabat pos untuk dihantar ke pusat agihan utama mengikut poskod negeri yang ditulis oleh si pengirim.

Item processed

Bungkusan selamat tiba di pusat agihan mengikut poskod negeri dan sedang di proses.

Consignment dispatch out from Transit Office

Bungkusan keluar dari pusat agihan dan sedang dihantar ke Poslaju parcel hub terdekat sebelum dihantar kepada penerima.

Arrive at delivery facility at

Bungkusan baru tiba di Poslaju parcel hub terdekat.

Item out for delivery

Bungkusan telah di bawa keluar oleh posmen untuk proses penghantaran ke alamat penerima.

Item can be collected at

Bungkusan telah sedia untuk diambil dari kaunter pejabat pos yang berkaitan.

Item delivered to

Bungkusan telah berjaya diserahkan kepada penerima mengikut alamat yang tertera. Nama dan no IC penerima bungkusan turut di ambil untuk dimasukkan ke dalam sistem.

Item posted after cut off time

Bungkusan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Item delivered to mail drop

Bungkusan telah dimasukkan ke dalam peti surat.

Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available

Bungkusan tidak berjaya dihantar ke alamat penerima. Ini mungkin disebabkan ketiadaan penerima di alamat penerima. Sila hubungi 1-300-300-300 untuk penghantaran yang kedua pada hari berikutnya. Untuk lebih mudah, boleh terus di ambil dari pejabat pos yang terlibat.

Sumber: Bidadari