Cara Daftar Program Jaringan Prihatin: RM300 Peranti, Data

Sebelum ini kerajaan ada mengumumkan dalam Belanjawan 2021 mengenai Program Jaringan Prihatin. Untuk maklumat anda, melalui program ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile. Baca artikel ini sehingga habis untuk pendaftaran dan cara daftar Program Jaringan Prihatin.

Apa Itu Program Jaringan Prihatin?

Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet. Sebanyak RM3.5 bilion telah diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.

Daripada jumlah tersebut, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM2 billion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.

Kelayakan Program Jaringan Prihatin

Kelayakan Jaringan Prihatin adalah untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Nilai Bantuan Jaringan Prihatin Atau Subsidi

Terdapat 2 kategori yang layak menerima bantuan jaringan prihatin:

  • ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun.
  • TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun.

Tarikh Daftar Program Jaringan Prihatin

Tarikh pendaftaran program jaringan prihatin adalah mulai 5 Mei sehingga 31 Julai 2021.

Cara Daftar RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin

  1. Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)
  3. Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:
    • Pembelian peranti baharu
    • Pembelian pelan data internet bulanan

Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:

Soalan Lazim Program Jaringan Prihatin

Berikut adalah soalan lazim program jaringan prihatin yang sering ditanya:

Apa itu Program Jaringan Prihatin B40?
Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.

Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini?
Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.

Siapakah yang layak memohon?
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.

Bilakah saya boleh mendaftar program ini?
Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

Bolehkah saya memindahkan tawaran program ini kepada individu lain?
Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.

Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti?
Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.

Sekiranya saya mendaftar, apa yang akan berlaku kepada data peribadi saya?
Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

Sumber: ecentral.my