Apa Itu B40 M40 Dan T20 Maksud Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan

Seringkali kita mendengar istilah golongan B40 M40 T20 diungkapkan lebih-lebih lagi pada pembentangan bajet belanjawan tahunan atau pengumuman bantuan untuk rakyat dari kerajaan. Namun masih ada lagi rakyat Malaysia tidak memahami maksud B40, maksud M40 atau maksud T20. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini?

Permohonan BPN 2.0 Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Maksud sebenar ungkapan B40, M40, T20 adalah takrifan untuk merujuk kepada kelas pendapatan isi rumah di Malaysia yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pendapatan ini dikira secara purata pendapatan seisi rumah dan bukan secara pendapatan gaji individu.

Dan melalui takrifan B40, M40 dan T20 ini, ianya memudahkan kerajaan merancang untuk memberikan bantuan atau subsidi yang bersesuaian dengan pendapatan rakyat Malaysia. Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pengkelasan baru dimana pengkelasan ini dipecahkan lagi daripada pengkelasan sedia ada iaitu:

  • B40 kepada B1, B2, B3 dan B4
  • M40 kepada M1, M2, M3 dan M4
  • T20 kepada T1 dan T2

Maksud B40 M40 Dan T20

Berikut merupakan maksud B40, maksud M40 dan maksud T20.

Maksud B40

Golongan B40 atau Bottom 40 merujuk kepada pendapatan isi rumah 40% terendah iaitu mereka yang berpendapatan purata isi rumah di bawah RM4,849.00 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah.

Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu kurang daripada RM2,208 sebulan yang mana layak untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk membantu golongan ini melalui pelbagai skim dan bantuan tanpa mengira jantina, kumpulan etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi B40.

Pendapatan B40

kumpulan b40

Maksud M40

Golongan M40 atau Middle 40 pula merujuk kepada pendapatan isi rumah kumpulan 40% pertengahan iaitu mereka yang berpendapatan purata RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan.

Pendapatan M40

Maksud T20

Golongan T20 atau Top 20 merujuk kepada pendapatan isi rumah kumpulan 20% tertinggi iaitu mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah purata RM10,959 ke atas di Malaysia.

Pendapatan T20

kumpulan t20

Sumber: JawatanMalaysia