Cara Kiraan Merit Lepasan SPM

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Kiraan Merit Lepasan SPM, metod pengiraan, kalkulator dalam talian serta aplikasi UPUPocket yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Cara Kiraan Merit Lepasan SPM (ecentral.my)

Lain: Cara Renew Passport Malaysia Online Terkini

Kepentingan Merit Lepasan SPM

Apabila anda mengetahui jumlah mata merit yang diperolehi, anda dapat mengenalpasti program pengajian mana yang memberikan peluang yang lebih cerah untuk diterima masuk bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Cara Kiraan Merit Lepasan SPM

cara kiraan merit

Kemasukan pelajar ke Universiti Awam/ IPTA bagi program lepasan SPM dan STPM/ setaraf berpandukan prinsip meritokrasi.

Terdapat 2 komponen yang diambil kira untuk cara kiraan merit ini iaitu:

  • Markah akademik – 90%
  • Markah kokurikulum – 10%

Markah akademik pula terbahagian kepada pecahan markah berikut:

  • 40% – Mata pelajaran universal
  • 30% – Mata pelajaran pakej
  • 10% – Mata pelajaran terbaik

Untuk markah kokurikulum, sila rujuk dengan pihak sekolah masing-masing.

Kalkulator Dalam Talian (Online Merit Calculator)

cara kiraan merit lepasan spm

Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi telah membangunkan aplikasi kalkultor dalam talian di mana pengguna hanya perlu memasukkan beberapa input ke dalam kalkulator ini dan keputusan markah merit anda akan terus dipaparkan kepada anda. Berikut adalah laman web kepada kalkulator ini:

Aplikasi UPUPocket

cara kiraan merit upupocket

Selain kemudahan kalkulator dalam talian di atas, anda juga boleh menggunakan aplikasi mudah-alih UPUPocket yang boleh dimuat turun dan di pasang di peranti mudah alih anda.

Selain kemudahan kalkulator cara kiraan merit, UPUPocket juga mengandungi pelbagai ciri menarik yang lain untuk pelajar lepasan SPM yang ingin memohon kemasukan ke IPTA.

Sumber: Cara Kiraan Merit Lepasan SPM (ecentral.my)