Permohonan BPN 2.0 Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Perutusan Khas Kita Prihatin baru-baru ini memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan disalurkan kepada rakyat. Sebanyak 10.6 juta penerima akan mendapat manfaat dari bantuan ini.

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari Secara Online, Minimum RM50 Maksimum RM500 Sebulan

Senarai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri mengikut kategori adalah seperti berikut yang diambil dari Teks Penuh Perutusan Khas Kita Prihatin.

bantuan prihatin nasional 2.0

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini. Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu bermula 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Semakan BPN 2.0 Permohonan Rayuan Dan Baru Bantuan Prihatin Nasional

Berikut adalah beberapa info penting mengenai Bantuan Prihatin Nasional:

Jumlah BPN 2.0 Dan Tarikh Pembayaran

Berikut adalah ringkasan pemberian bantuan mengikut jumlah bantuan, kategori penerima dan tarikh pembayaran:

Kemaskini 16 Oktober 2020: Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan mula disalurkan secara berperingkat bermula 26 Oktober 2020 (Isnin) ini.

Semakan BPN 2.0 Status Bantuan Prihatin Nasional

Bermula 15 Oktober 2020, anda boleh membuat semakan BPN 2.0 dengan melayari laman web rasmi LHDNM Semakan BPN 2.0.

Setelah membuat semakan, beberapa jenis status akan dipaparkan berdasarkan maklumat pemohon. Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan tetapi tidak lulus atau tersenarai sebagai penerima, sila lakukan permohonan baharu atau permohonan rayuan di aplikasi yang sama atau menggunakan borang bermula 15 Oktober 2020.

Permohonan Baharu BPN Dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Permohonan baru BPN atau rayuan Bantuan Prihatin Nasional boleh mula dibuat pada 15 Oktober 2020 dan akan tamat pada 15 November 2020. Sebelum membuat permohonan baru atau rayuan, sila baca dahulu Soalan Lazim Permohonan Baharu dan Rayuan BPN.

Borang Permohonan BPN 2.0

Berikut merupakan Borang Permohonan Baharu BPN 2.0 dan juga Borang Pembatalan Permohonan BPN yang perlu dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM sekiranya anda memilih untuk memohon menggunakan borang, bukan melalui Laman Rasmi LHDNM.

Borang Permohonan Baharu BPN 2.0

Siapa yang perlu buat permohonan baharu?

  1. Yang gagal/tidak layak BPN 1.0
  2. Yang bertukar status bujang kepada berkahwin atau berkahwin kepada bercerai/kematian pasangan.
Borang Permohonan Baru BPN 2.0

Borang Pembatalan Permohonan BPN 2.0

Berikut merupakan Borang Pembatalan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional:

Borang Pembatalan Permohonan BPN

Borang Permohonan Rayuan BPN

Rayuan boleh dibuat melalui Laman Rasmi LHDNM setelah semakan status anda menunjukkan tidak berjaya.

Soalan Lazim BPN 2.0

Berikut merupakan soalan lazim atau soalan yang dibiasa ditanya mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0:

Adakah penerima BPN sedia ada perlu membuat permohonan?
Tidak. Permohonan tidak perlu dibuat.

Bilakah permohonan baru BPN 2.0 boleh mula dibuat?
Pada 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.

Bilakah pembayaran akan dibuat?
Fasa Pertama pada penghujung Oktober 2020 dan Fasa Kedua pada Januari 2021.

Adakah kemaskini dibenarkan?
Tidak dibenarkan. Ini kerana ianya menggunakan data BPN sebelum ini.

Sumber: Laman Rasmi LHDNM

Leave a Comment