Rakan Muda 2024 : Cara Daftar Ahli & Kelebihan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Rakan Muda 2024 : Cara Daftar Ahli & Kebaikan

Lain: Pengakap Sekolah : Logo, Lagu, Uniform & Lencana

Logo Rakan Muda

Logo Rakan Muda memaparkan lambang berbentuk dua tangan yang merangkul sebagai simbol kebersamaan, kerjasama dan prihatin terhadap masyarakat. Warna kuning mewakili kegemilangan dan biru melambangkan ketinggian jati diri.

Info mengenai tatacara penggunaan logo boleh di muat turun menerusi link di bawah ini:

https://nadz.my/wp-content/uploads/2024/06/TATACARA-PENGGUNAAN-LOGO-RAKAN-MUDA-KEMASKINI-OGOS-2023.pdf

Lirik Lagu Rakan Muda

Berikut adalah lirik lagu rakan muda

MASANYA TELAH TIBA,

BERTEKAD BERSEMANGAT
CAPAI CITA MURNIMU
PEWARIS ERA JAYA

HARAPAN BANGSA
BERUSAHA DAN BERJAYA
RAKAN MUDA, RAKAN MUDA, RAKAN MUDA

(PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK )

RAKAN MUDA, YAKIN BOLEH GEMILANG

Manfaat dan Kebaikan Menyertai Program Rakan Muda

Menyertai program Rakan Muda memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada para peserta antaranya:

  1. Memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial
  2. Membina kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan 
  3. Mempelajari nilai-nilai murni seperti berdikari, disiplin dan integriti
  4. Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing
  5. Peluang mewakili Malaysia di program kesukarelawanan antarabangsa
  6. Menerima Sijil Penglibatan Rakan Muda sekali tamat program

Fokus Utama & 10 Gaya Hidup Rakan Muda

Mulai 2023, Kementerian Belia & Sukan Malaysia di bawah YB Hannah Yeoh, telah mengariskan 3 fokus utama Program Rakan Muda iaitu ;

  • Menghangatkan semula jenama Rakan Muda kepada generasi kini melalui 10 gaya hidup yang diberi nafas baru
  • Membangunkan anak muda menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif
  • Sinergi dengan pelbagai rakan strategik

Cara Daftar Ahli Rakan Muda

Untuk mengetahui cara daftar Rakan Muda, anda boleh mendaftar secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi di https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html. Proses pendaftaran adalah mudah:

  • Klik butang “Daftar” di laman utama
  • Isikan maklumat diri dengan lengkap
  • Muatnaik gambar diri bersaiz passport
  • Pilih nama dan kawasan cawangan Rakan Muda berdekatan
  • Sahkan pendaftaran dengan klik “Hantar”

Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan beserta maklumat pelantikan dan aktiviti akan datang.

Diharapkan info rakan muda di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Rakan Muda 2024 : Cara Daftar Ahli & Kebaikan – eCentral