Ramadan 2025 : Tarikh Mula Puasa 2025

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tarikh ramadan 2025, tarikh puasa 2025 & mula puasa yang perlu anda tahu

Lain: Kalendar Islam 2025 & Tarikh Penting Bulan Islam JAKIM

Penentuan Tarikh Puasa 2025

Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia menggunapakai kaedah Rukyah dan hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah bermula dari tahun 1995 untuk menentukan tarikh bermulanya puasa.

Asas kepada kaedah rukyah dan hisab yang digunapakai negara Malaysia adalah berpandukan kepada pendapat-pendapat ulama’ muktabar.

Rukyah (melihat anak bulan) akan dilaksanakan pada hari ke 29 setiap bulan, sebagai contoh 29 Syaaban 1445H akan datang.

Sekiranya hilal (anak bulan) tidak kelihatan maka data hisab digunakan dengan merujuk kepada kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui.

Sekiranya kriteria tersebut dipenuhi maka esoknya menjadi 1 Ramadan dan sekiranya tidak dipenuhi maka esoknya digenapkan kepada 30 haribulan Syaaban.

Tarikh Ramadan 2025

Menurut JAKIM, tarikh Ramadhan 2025 dijangka jatuh pada 2 Mac 2025 iaitu pada hari Ahad.

Namun, ianya tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2025 (1446-1447H)

ramadan 2025 puasa

Diharapkan info mengenai ramadan 2025 puasa di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Ramadan 2025: Tarikh Mula Puasa 2025 (ecentral.my)