Resepi Ayam Goreng Berempah

Berikut adalah resepi ayam goreng rempah untuk cara masak ayam goreng rempah. Dengan mengikuti resepi ini, anda boleh hasilkan ayam goreng berempah sedap.

Resepi Ayam Goreng Berempah

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam goreng berempah dan cara masak ayam goreng berempah.

Bahan-Bahan Ayam Goreng Berempah

  1. 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  2. Bahan2 dikisar bersama:-
  3. 6 ulas bawang putih
  4. 7 ulas bawang merah
  5. 2 inci halia
  6. 3 batang serai (yang besar)
  7. 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  8. 2 sb serbuk kari daging
  9. 1/2 sk serbuk jintan putih
  10. 1/2 sk serbuk jintan manis
  11. 1/2 sk serbuk ketumbar
  12. 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  13. garam dan aji secukupnye
  14. 3 tangkai daun kari
  15. Minyak yang menggoreng

Cara Masak Ayam Goreng Berempah

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Sumber: Ontrenz