Resepi Ayam Masak Merah

Berikut adalah resepi ayam masak merah untuk cara masak ayam masak merah. Dengan mengikuti resepi ini, anda boleh hasilkan ayam masak merah sedap.

Resepi Ayam Masak Merah

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam masak merah dan cara masak ayam masak merah.

Bahan-Bahan Ayam Masak Merah

  1. 1/2 ekor ayam
  2. Sedikit garam kunyit

Bahan-Bahan Kisar Ayam Masak Merah

  1. 4-5 biji cili kering
  2. 1 cm halia
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1 labu bawang besar
  5. 1 biji tomato-potong dadu
  6. 1/2 cawan sos tomato

Cara Masak Ayam Masak Merah

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Sumber: Ontrenz