Koleksi Resepi Kuih Raya Popular 2024

Setiap kali menjelangnya hari raya 2024, memang menjadi adat untuk setiap rumah sediakan biskut raya atau kuih raya bagi menjamu tetamu yang datang melawat. Kuih raya ini bukanlah susah untuk disediakan sebenarnya. Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi resepi kuih raya 2024 popular yang boleh anda cuba pada raya tahun ini.

Bacaan Lain: Ucapan Hari Raya Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Resipi Kuih Raya

Berikut adalah senarai resepi biskut raya popular dan resipi kuih raya 2024 yang anda boleh cuba di rumah.

Resepi Biskut Cip Coklat

Resipi biskut cip coklat dan cara buat biskut cip coklat adalah seperti berikut:

resipi biskut cip coklat

Bahan-Bahan

  • 400 g tepung gandum
  • 230 g mentega
  • 100 g gula
  • 230 g gula perang
  • 100 g cip coklat
  • 300 g kekacang campurang (cincang)
  • 2 biji telur
  • 1 sb serbuk penaik
  • 1 sd garam

Cara Masak Biskut Cip Coklat

  1. Campurkan kesemua bahan dan pukul selama 30 minit
  2. Biarkan adunan selama 1 malam pada suhu 4०C
  3. Bentukkan doh bulan leper. Susun di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega
  4. Bakar pada suhu 180०C selama 20 minit.

Resepi Biskut Badam

Resipi biskut badam dan cara buat biskut badam adalah seperti berikut:

resipi biskut badam

Bahan-Bahan

  • 110 g tepung kek
  • 50 g tepung jagung
  • 100 g mentega
  • 60 g gula aising
  • 80 g serbuk badam
  • 20 g susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sk serbuk penaik
  • 250 g badam

Cara Masak Biskut Badam

  1. Pukul mentega, gula aising dan kuning telur selama 10 minit
  2. Masukkan serbuk badam, tepung kek, tepung jagung, susu tepung dan serbuk penaik. Pukul hingga sebati. Biarkan selama 1 jam pada suhu bilik
  3. Bentukkan doh mengikut kreativiti, sapukan telur dan letakkan badam di atasnya
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180०C selama 20 minit

Resepi Tart Nenas

Resipi tart nenas dan cara buat tart nenas adalah seperti berikut:

resipi tart nenas

Bahan-Bahan

  • 3 1/2cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan butter@marjerin
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Masak Tart Nenas

  1. Satukan butter, esen vanila, kuning telur, susu pekat, pewarna dan kacau pakai senduk je
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard uli hingga jadi doh lembut
  3. Bulat-bulat kan jem nenas
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, picit, letakkan jem dan gulung
  5. Sapu kuning telur di permukaan tart
  6. Bakar suhu 170०C api atas bawah selama 25 minit

Resepi Semperit Susu

Resipi semperit susu dan cara buat semperit susu adalah seperti berikut:

resipi semperit susu

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 250 gm butter@marjerin
  • 170 gm susu pekat (saya guna 150gm je)
  • 1 sk Esen vanila
  • Pewarna kuning 3 titik

Bahan B

  • 400 gm tepung jagung cap bintang
  • 1 sb tepung beras
  • 3 sb tepung kastard

Cara Masak Semperit Susu

  1. Satukan bahan A kemudian kacau hanya sekadar sebati ja. Kalau saya lebih kurang 10 kali kacau je sebab takmahu kembang
  2. Masukkan bahan B, uli sampi jadi doh tidak melekat di tangan
  3. Terap dan letakkan choc chip @ ceri ikot kesukaan
  4. bakar suhu 160०C selama 30 minit sehingga masak

Resepi Biskut Red Velvet

Resipi biskut red velvet dan cara buat biskut red velvet adalah seperti berikut:

resipi biskut red velvet

Bahan-Bahan

  • 1/2cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit pewarna oren
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh emplex
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Coklat chip
  • Almond nips

Cara Masak Biskut Red Velvet

  1. Satukan butter, gula, esen vanila, minyak sapi, kuning telur kacau hingga sebati
  2. Masukkan baking powder, soda, cuka, pewarna dan serbuk koko dan kacau lagi
  3. Masukkan emplex tepung jagung, dan tepung gandum
  4. Tambah kan coklat chips dan almond nips uli hingga sebati
  5. Sejukkan doh dalam peti sejuk lebih kurang 30minit
  6. Panaskan oven
  7. Cubitkan doh dan bakar suhu 170°C selama 25minit

Resepi Biskut Arab

Resipi biskut arab dan cara buat biskut arab adalah seperti berikut:

resipi biskut arab

Bahan-Bahan

  • 3 cawan tepung gandum disangai
  • 1 cawan gula halus@gula aising
  • 1 cawan minyak sapi (suhu bilik)
  • 2 sudu besar buttercup
  • 1 cawan susu tepung (brand apa-apa pun boleh)
  • Pewarna kalau nak

Cara Masak Biskut Arab

  1. Satukan tepung, gula, susu tepung gaul rata
  2. Tuang minyak sapi, buttercup dan gaul sebati
  3. Gaul hingga jadi doh
  4. Bulat-bulat kan doh bakar suhu 160°C selama 18-20minit api atas bawah
  5. Biskut yang dah sejuk boleh di salut@tabur gula halus

Resepi Biskut Green Peas

Resipi biskut green peas dan cara buat biskut green peas adalah seperti berikut:

resipi biskut green peas

Bahan-Bahan

  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 cawan tepung kacang peas
  • 1 sudu serbuk badam
  • 1 sudu teh emplex
  • 2 cawan gula halus
  • 4 sudu makan butter@marjerin
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan minyak mazola

Cara Masak Biskut Green Peas

  1. Satukan semua bahan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit
  2. Gaul hingga rata
  3. Bentukkan doh dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur
  4. Bakar suhu 170°C api atas bawah selama 20-25minit
  5. Biarkan sejuk dah boleh makan.

Resepi Cornflakes Madu

Resipi cornflakes madu dan cara buat cornflakes madu adalah seperti berikut:

resipi cornflakes madu

Bahan-Bahan

  • 1 cawan butter
  • 1/2 cawan madu
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat
  • Cornflakes secukupnya

Cara Masak Cornflakes Madu

  1. Cairkan butter dalam kuali dan masukkan gula madu dan susu pekat
  2. Tunggu hingga berbuih dan masukkan cornflakes gaul hingga rata
  3. Sudukan ke dalam papercup & taburkan coklat rice
  4. Bakar suhu 150°C selama 5 minit

Resepi Brownies Cookies

Resipi brownies cookies dan cara buat biskut brownies adalah seperti berikut:

resipi brownies

Bahan-Bahan

  • 350 gm coklat masakan (nina guna yang timbang je, takde brand)
  • 4 sudu besar marjerin pelangi, (nak guna butter pun boleh) *double boiler kan coklat & marjerin(nina cairkan atas periuk pengukus)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen
  • 1 cawan gula halus(di ayak) nina blend gula biasa je
  • 1 cawan tepung gandum+2sudu besar serbuk koko (ayak)

Cara Masak Brownies Cookies

  1. Whisk telur dan esen vanila hingga berbuih (nina whisk guna garfu je)
  2. Masukkan gula dan whisk hingga gula larut(pastikan betul betul larut ehh)
  3. Masukkan coklat & marjerin yg di double boilerkan dan kacau hingga sebati(semasa panas2)
  4. Masukkan tepung & serbuk koko dan sebatikan
  5. Perap adunan 20 minit (tutup permukaan mangkuk adunan)
  6. Panaskan oven suhu 170°C
  7. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan paipkan adunan
  8. Tabur badam
  9. Bakar suhu 150°C api atas bawah 25-30minit
  10. Tunggu sejuk baru cookies rangup.

Resepi Kuih Tart Epal

Resipi kuih tart epal dan cara buat kuih tart epal adalah seperti berikut:

resipi kuih tart epal

Bahan-Bahan

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan butter@marjerin
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Sedikit pewarna hijau epal

Cara Masak Kuih Tart Epal

  1. Satukan butter, esen vanila, kuning telur, susu pekat, pewarna dan kacau pakai senduk je
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard uli hingga jadi doh lembut
  3. Bulat-bulat kan jem epal
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, picit, letakkan jem epal dan gulung
  5. Bakar suhu 170०C api atas bawah selama 25 minit

Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

Resipi cornflakes crunchy cookies dan cara buat cornflakes crunchy cookies adalah seperti berikut:

resipi cornflakes crunchy cookies

Bahan-Bahan

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar
  • 200 g buttercup (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 biji kuning telor

Cara Masak Cornflakes Crunchy Cookies

  1. Gaul gula & butter lebih kurang 5 minit, masukkan kuning telur & kacau rata.
  2. Masukkan Campuran tepung & baking powder serta cornflakes, gaul sebat.
  3. Panaskan oven selama 10 minit dgn suhu 170°C
  4. Acukan guna sudu makan adunan dan susun dlm dulang pembakar
  5. Bakar selama 15 – 20 minit dengan kepanasan atas bawah
  6. Sejukkan sebelum disimpan dlm balang.

Resepi Biskut Sarang Semut

Resipi biskut sarang semut dan cara buat biskut sarang semut adalah seperti berikut:

resipi biskut sarang semut

Bahan-Bahan

  • 1 cawan butter@marjerin
  • 1/2cawan gula
  • 2 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Tepung kastard
  • Pewarna kuning
  • Tepung jagung
  • Tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Coklat rice

Cara Masak Biskut Sarang Semut

  1. Mix butter dan gula hingga sebati
  2. Masukkan 2biji kuning telur dan sedikit esen vanila. Godek-godek pakai senduk je
  3. Masukkan sedikit pewarna kuning dan 2 sudu makan tepung kastard
  4. Masukkan 1 cawan tepung jagung, 2 1/2cawan tepung gandum dan 1 sudu teh baking powder. Uli hingga rata
  5. Masukkan doh ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit
  6. Ambil doh dan parutkan dan isi ke dalam paper cup
  7. Taburkan coklat rice
  8. Bakar suhu 160°C api atas bawah selama 20-25minit

Resepi Rainbow Cookies

Resipi rainbow cookies dan cara buat rainbow cookies adalah seperti berikut:

resipi rainbow cookies

Bahan-Bahan

  • 1 ketul buttercup@kalau nak guna marjerin 1 1/4cawan
  • 150 gm gula halus
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • Putih telur 100gm(dalam 4biji)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Emplex 1/2 sudu teh(emplex jangan kurang nanti cookies tak garing@rangup

Cara Masak Rainbow Cookies

  1. Ayak tepung gandum,tepung jagung,emplex
  2. Putar buttercup dan gula hingga kembang
  3. Masukkan putih telur dan mix lagi
  4. Slow kan mixer dan masukkan tepung yang diayak, mix sekejap je
  5. Bahagikan dan letak pewarna
  6. Masukkan dalam piping beg dan picit adunan (acuan disapu marjerin)
  7. Bakar suhu 160-170०C api atas bawah 20-25 minit bergantung pada oven

Resepi Biskut Kulit Jering

Resipi biskut kulit jering dan cara buat biskut kulit jering adalah seperti berikut:

resipi biskut kulit jering

Bahan-Bahan

  • 1 cawn majerin
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2sudu teh air rose putih/esen rose
  • 2 1/2 cawan gandum
  • Van hounten koko atau mana-mana serbuk koko
  • 2 biji tlur itik direbus dan ambil kuningnya sahaja. (nak guna telor ayam pun boleh) dilenyek

Cara Masak Biskut Kulit Jering

  1. Kacau gula dan majerin (guna senduk je)
  2. Lepas nampak sebati dan gula hancur sikit masukkan esen vanila air rose.
  3. Kemudian masukkan telur itik dan kacau sampai sebati telur dan gula hncur.
  4. Lepas tu boleh la masukkan gandum dan uli sampai doh lembut dan tak lekat kat tangan dan senang untuk diterap.
  5. Kemudian bagi dua doh. Satu bahagian masukkan serbuk koko. Satu bahagian warna asal.
  6. Ambil satu bahagian koko, buat kan panjang dan satu bahagian ori buatkan panjang.
  7. Gabungkan dua tu. Lepas tu masukkan dalam acuan. Tekan dan potong dengan pisau tebal mana kita nak.
  8. Bakar 170०C selama 15 minit atau bergantung pada suhu masing-masing

Resepi Almond London

Resipi almond london dan cara buat almond london adalah seperti berikut:

resipi almond london

Bahan-Bahan

  • Badam disangai hingga rangup
  • 1 ketul buttercup atau 1 1/4cawan marjerin
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3 sudu makan minyak masak@minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2cawan nestum kisar
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder

Bahan Coklat

  • 350 gm@ 4 blok coklat masakan
  • 3 sudu makan shortening

Cara Masak Almond London

  1. Satukan semua bahan kacau pakai senduk je
  2. Kemudian masukkan nestum, susu tepung, tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, baking powder.
  3. Uli hingga jadi doh
  4. Isikan badam dan bulat bulatkan doh bakar suhu 170०C api atas bawah 25-30 minit
  5. Coklat : double boilerkan hingga larut
  6. Celupkan biskut dan tabur badam yang disangai

Sumber: hellokerja.com