Resipi Apam Balik Gebu Rangup Dan Lembut, Mudah Dimasak

Berikut adalah resipi apam balik rangup, gebu, lembut dan sememangnya mudah untuk dimasak oleh ibu-ibu di rumah. Resipi apam balik gebu ini dikongsikan oleh Puan Ummi Ja dan gambar pula dari Nor Hamah Ibrahim.

Resipi Apam Balik

Bahan Adunan Apam Balik

Berikut adalah bahan adunan untuk membuat apam balik:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan gula
  • 1 setengah cawan air
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh sodium bicarbonate

Untuk bahan tabur pula adalah seperti berikut:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak dan blend kasar (beli kacang tanah yang sudah digoreng dan dikisar)
  2. Jagung manis dalam tin.
  3. Gula halus.
  4. Marjerin.

Cara Masak Apam Balik

  1. Masukkan semua bahan-bahan adunan ke dalam blender sehingga sebati.
  2. Tunggu lebih kurang 15 ke 30 minit supaya adunan kembang.
  3. Oleskan marjerin di permukaan kuali. Sebaiknya non-stick pan.
  4. Tuangkan 1 senduk bahan adunan tadi ke dalam pan dan ratakan ke seluruh pan (jika pan besar, tuangkan 2 senduk).
  5. Guna api sederhana.
  6. Biarkan seketika dan masukkan bahan tabur apabila nampak separuh masak (nampak lubang-lubang kecil).
  7. Taburkan kacang, jagung, gula dan marjerin.
  8. Sudah masak, lipat dua apam balik macam penjual di pasar buat.
cara buat apam balik
cara masak apam balik