Resepi Ayam Goreng Kunyit

Berikut adalah resepi ayam goreng kunyit untuk cara masak ayam goreng kunyit. Dengan mengikuti resepi ini, anda boleh hasilkan ayam goreng kunyit sedap.

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam goreng kunyit dan cara masak ayam goreng kunyit.

Bahan-Bahan Ayam Goreng Kunyit

  1. 4-5 keping dada ayam – potong kecil
  2. 3 batang kacang panjang – potong panjang
  3. 1 biji kuning telur
  4. 1 sudu makan tepung gandum
  5. 1/2 sudu teh garam, perasa, gula
  6. 1/2 batang lobak merah – potong kecil
  7. 1 biji bawang besar – potong/ mayang
  8. 3 ulas bawang putih – ketuk/ cincang
  9. 1-3 cili merah & hijau – mayang
  10. Minyak masak – secukupnya

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit

  1. Masukkan isi ayam yang telah dipotong bersama garam, kunyit, kuning telur dan tepung ke dalam mangkuk. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  2. Kemudian, panaskan minyak masak dan goreng semua bahan yang telah digaul tadi sehingga hampir garing. Angkat dan toskan ayam itu. Diingatkan supaya tidak menggoreng terlalu lama, takut ayam keras.
  3. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, tambahkan bahan lain; kacang panjang, lobak merah, dan cili. Tumis bersama garam, gula dan perasa seperti sos tiram.
  4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan naik bau. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekali lagi sehingga semua bahan sebati bersama ayam. Jangan goreng terlalu. Apabila semua bahan sudah masak, tutup.
  5. Hidangan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Ontrenz