Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi som som sagu atau resipi som som sagu untuk memudahkan cara buat som som sagu dan cara masak som som sagu.
Koleksi Resipi: Koleksi Resipi Kuih Tradisional Popular Dan Mudah Dibuat
Isi Kandungan
Tunjuk
Resipi Som Som Sagu
Bahan-Bahan
- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
Cara Masak Som Som Sagu
Cara buat kuih som som sagu adalah seperti berikut:
- Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan pewarna hijau. Kacau
- Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu. Kacau hingga pekat (masa ni sagu masih bermata ikan). Padam api
- Tuang sagu ke dalam bekas kecil. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih. Sejukkan
Bahan Kanji Som Som
- Setengah cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Garam secukupnya
Cara Memasak Kanji Som Som
- Satukan semua bahan di dalam periuk. Sebatikan dan masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau untuk elak berketul
- Tuang adunan kanji ke atas sagu tadi. Sejukkan
Bahan Air Gula
- 1 setengah cawan air
- 4 keping gula kerek/melaka (boleh guna gula merah)
- 1/4 cawan gula pasir
- 2 helai pandan (disimpul)
Cara Memasak Air Gula
- Satukan semua bahan dan masak guna api sederhana hingga mendidih
- Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih bila hendak dinikmati
Sumber: hellokerja.com