Resipi Tepung Pasung Gula Merah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan resepi tepung pasung gula merah atau resipi tepung pasung gula merah untuk memudahkan cara buat tepung pasung gula merah dan cara masak tepung pasung gula merah.

Koleksi Resipi: Koleksi Resipi Kuih Tradisional Popular Dan Mudah Dibuat

Resipi Tepung Pasung Gula Merah

Bahan-Bahan

  • 125g tepung beras
  • 50g tepung ubi
  • 175g gula merah
  • 200ml air
  • 600ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pisang untuk kelongsong secukupnya

Cara Masak Tepung Pasung Gula Merah

Cara buat tepung pasung gula merah adalah seperti berikut:

  1. Sediakan kelongsong daun pisang secukupnya. Ketepikan
  2. Dalam bekas, satukan gula merah, air dan pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan kemudian tapis
  3. Dalam periuk lain, satukan tepung beras, tepung ubi santan dan garam
  4. Masukkan air gula merah tadi dan kacau sebati hingga tiada ketulan
  5. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga meruap
  6. Tuang adunan ke dalam kelongsong dan kukus selama 25 minit atau sehingga kuih masak
  7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum sedia dihidangkan

Sumber: hellokerja.com