Pada Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada hari ini, kerajaan melalui program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara ‘one-off’ ke dalam akaun E-Wallet melibatkan 1.5 juta belia seluruh negara di Malaysia.
Inisiatif dengan peruntukan 75 juta ringgit ini adalah bagi belia yang berumur 18 hingga 20 tahun sebagai usaha kerajaan membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai.
Pemberian RM50 ke dalam akaun e-wallet belia ini adalah di dalam Strategi 4: Mengutama Agenda Keterangkuman, Langkah 6: Pembangunan Belia dan Sukan.