Sangobion : Fungsi, Dos dan Kesan Sampingan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Sangobion: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Lain: Zincofer : Fungsi, Kegunaan, Kandungan Ubat

Apa itu Sangobion

Sangobion adalah suplemen kesihatan darah untuk orang dewasa dan wanita hamil.

Ianya dikatakan mampu merawat dan mencegah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi dan mineral lain yang terlibat dalam hematopoiesis. 

Ia juga sesuai digunakan untuk menambah asid folik, vitamin B12 pada wanita semasa mengandung dan menyusukan anak.

Kandungan Sangobion

Bahan yang terkandung dalam Sangobion terdiri daripada:

  • Fero glukonat 250mg
  • Asid folik 1.0mg
  • Vitamin B12 7.5mcg
  • Vitamin C 50mg
  • Sorbitol 25mg
  • Mangan sulfat 0.2mg
  • Kuprum sulfat 0.2mg

Fungsi Sangobion & Kepentingannya

Sangobion boleh membantu melawan gejala yang disebabkan oleh anemia seperti letih, pucat, pening, lemah dan sukar untuk menumpukan perhatian. 

Ia juga merupakan suplemen yang sempurna untuk mereka yang mempunyai sel darah merah yang rendah. 

Cara Pengambilan Sangobion

Cara makan Sangobion adalah dengan ambil Sangobion dengan segelas penuh air (150-250 ml air), jangan kunyah atau hancurkan tablet.

Sangobion perlu diambil dengan atau selepas makan untuk mengurangkan kerengsaan penghadaman dan kesan sampingan pada perut. Ubat ini perlu diambil seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor. 

  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: Ambil 1 tablet/hari. 
  • Dewasa dan wanita semasa mengandung: Ambil 1-2 tablet/hari, dibahagikan sama rata sepanjang hari. Atau ambil Sangobion seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.

Pengambilan dalam dos yang berlebihan dan tinggi dikhuatiri boleh menjadi toksik dalam badan. Ketoksikan toksik yang serius mungkin disebabkan oleh penggunaan pada dos > 60 mg besi/kg berat badan.

Dos berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan pada kanak-kanak. Oleh itu, jika anda mengambil ubat ini dalam dos yang berlebihan, segeralah dibawa ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

Kesan Sampingan Sangobion

Antara kesan makan Sangobion mungkin mengalami sakit perut, sembelit, cirit-birit, loya, dan muntah. Untuk kurangkan beberapa kesan sampingan tadi, anda boleh ambil suplemen zat besi ini bersama makanan.

Diharapkan info Sangobion ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Sangobion: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan (ecentral.my)