Tempat Sarapan Pagi Di Cameron Highlands (Wajib Singgah)

Adakah anda sedang bercuti di Cameron Highlands dan ingin mencari tempat sarapan pagi di Cameron Highlangs yang sedap dan best? Di sini kami akan kongsikan beberapa tempat sarapan menarik untuk anda.

Artikel berkaitan: Tempat Menarik Di Perak 2022 Terkini

Sarapan Pagi Di Cameron Highlands

Berikut adalah tempat sarapan pagi di cameron highlands yang dikongsikan oleh Blog Malaysia.

Sarapan Pagi Di Cameron Highlands

BOH Sungai Palas Tea Centre

Jika anda berkunjung ke Cameron Highlands, memang wajib cuba teh di BOH Sungai Palas Tea Centre. Di sinilah bermulanya proses pembuatan serbuk teh yang kita beli di pasaraya. Restoran ini amat sesuai untuk anda bersarapan kerana aneka menu dan hidangannya yang ringan dan sesuai di waktu pagi.

Antara menu sarapan yang anda boleh dapati di sini adalah sandwichpie, pelbagai jenis roti dan juga beberapa jenis kek. Bayangkan sedang menikmati sarapan teh panas dalam cuaca yang sejuk bersama pemandangan yang hijau memukau, boleh feeling seperti di overseas! Restoran ini menyediakan dua ruangan untuk anda iaitu indoor dan outdoor. Jadi anda boleh pilih yang mana anda suka.

Selain daripada restoran, di sini juga terdapat galeri, kilang dan kedai cenderamata. Selepas makan boleh pula menjamu mata. Restoran ini dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Cameron Bharat Tea Valley

Sekali sekala bila tengok drama English sedang sarapan atau hi-tea, seronok juga kan jika dapat merasa? Di Cameron Bharat Tea Valley, anda boleh menikmati hidangan ala ‘English breakfast’ bertemankan pemandangan yang sangat indah dengan cuaca yang nyaman dan dingin.

Antara menu yang sering menjadi pilihan ialah scone yang disaluti mentega dan jem strawberi. Sarapan pagi di Cameron Highlands mestilah kena ada scone, bukan senang nak dapat di kawasan lain. Jika anda tidak menggemarinya, jangan risau. Di sini juga ada pilihan hidangan kek dan sandwich yang memang sedap dibuat segar menggunakan bahan ladangnya. Harganya juga berpatutan dengan set yang ditawarkan.

Restoran ini beroperasi setiap hari bermula 9 pagi sehingga 6 petang, manakala Jumaat sehingga Ahad dibuka bermula 8 pagi hingga 7 malam.

Medan Selera Tanah Rata, Cameron Highlands

Jika anda ingin mencari sarapan pagi di Cameron Highlands yang beraneka, anda boleh berkunjung ke Medan Selera Tanah Rata ini. Di sini terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh dicuba. Anda boleh pilih restoran yang berkenan di hati anda dan cuba sendiri keenakan hidangan di tanah tinggi ini.

Medan selera ini dibuka seawal 4 pagi, jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda lapar di awal pagi. Turun sahaja ke medan selera ini dan nikmati hidangan dalam cuaca yang sejuk!

Nolina Food Restaurant

Bercuti di Cameron Highlands tetapi teringin makan roti canai untuk sarapan? Jangan risau. Anda boleh menikmati roti canai yang enak di Nolina Food Restaurant. Restoran yang ditubuhkan pada 2014 ini sangat selesa dan menawarkan pelbagai menu tempatan untuk anda. Selain roti canai, restoran ini turut menyediakan menu lain seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan bermacam lagi. Restoran ini juga terkenal dengan ayam goreng berempahnya yang enak.

Selain itu, restoran ini juga menghidangkan pelbagai jenis kuih tempatan seperti nona manis dan burger Malaysia. Sedap juga makan kuih sambil jalan-jalan mengirup udara sejuk.

Restoran ini dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

YZ Strawberry Farm & Cafe

Selain teh, strawberry juga merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Cameron Highlands. Di sini terdapat banyak ladang strawberry yang anda boleh lawati. Untu sarapan, anda boleh ke YZ Strawberry Farm & Cafe. Di sini terdapat ladang strawberry dan juga kafe untuk menjamu selera.

Antara menu popular di sini ialah Nasi Lemak Strawberry dan Teh Tarik Strawberry. Rasanya yang unik dan sedap memang kebiasaannya memikat hati dan selera pengunjung. Harganya juga berpatutan! Rugi jika anda tidak singgah ke sini untuk sarapan. Selain menu ini, terdapat juga hidangan lain seperti scones, muffins dan tart serta minuman segar yang kebanyakannya berasaskan strawberry. Jangan lupa singgah di sini untuk sarapan pagi di Cameron Highlands!

Anda juga boleh memetik buah sendiri di sini, pasti seronok kan. Ladang ini dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang.

Sumber: Blog Malaysia