Dalam artikel ini kami akan kongsikan info semakan daftar pemilih SPR terkini & cara check tempat mengundi online atau sms
Lain: Promosi Cuti Sekolah Airasia Terkini
Check Tempat Mengundi
Berikut adalah panduan mengenai check tempat mengundi yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://kekandamemey.com/semakan-daftar-pemilih.html
Semakan Daftar Pemilih SPR
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR SECARA ONLINE
Berikut adalah tutorial buat SEMAKAN DAFTAR PEMILIH:
- Layari laman web rasmi SPR . Boleh terus klik link tersebut = https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan ‘ tanpa “-” atau “space”
- Masukkan Aksara Captcha
- Tekan SEMAK
- Semakan Daftar Pemilih akan di paparkan
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR SECARA SMS
SPR juga ada menyediakan semakan untuk mendaftar sebagai pemilih secara SMS khususnya daftar pemilih tambahan undi pos.
Berikut adalah cara membuat semakan pengundi melalui kaedah SMS:
- Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No.I.C ( Contoh 85011126609) dan hantar ke 15888
- Taip SPR <jarak> No.I.C ( Contoh 85011126609) dan hantar ke 15888
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR GUNA APLIKASI
Berikut adalah cara membuat semakan pengundi melalui kaedah aplikasi:
- Muat turun dan install aplikasi MySPR
- Buka aplikasi tersebut
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan ‘ tanpa “-” atau “space”
- Masukkan Aksara Captcha
- Tekan SEMAK
- Semakan Daftar Pemilih akan di paparkan
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR SECARA TALIAN
Berikut adalah cara membuat semakan pengundi melalui kaedah secara talian:
- Hubungi talian Hotline SPR : 03-8892 7018.
- Maklumakan bahawa anda ingin membuat semakan
- ikuti arahan pegawai tersebut selanjutnya sehingga semakan anda selesai
SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH SPR?
Berikut adalah syarat minimum bagi seseorang untuk layak mereka menjadi pemilih ialah :
- Seorang warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN
Semakan Daftar Pemilih Tambahan akan dibuka mulai 16 Ogos hingga 14 September 2022.
Semakan ini melibatkan:
- Pemilih baru berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik.
- Pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya
- Pemilih bertukar status / kategori pengundi
CARA TUNTUTAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
- Sekiranya mendapati namanya tiada dalam senarai semakan daftar pemilih boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam senarai tetapi mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
CARA BANTAHAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
- Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
- Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
- Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.
PENDAFTARAN PEMILIH / PENGUNDI SPR
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
- Pendaftaran Baru
- pendaftaran pemilih buat pertama kali.
- Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya
- permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.
CARA DAFTAR MENGUNDI ONLINE MELALUI PORTAL MYSPR DAFTAR
Berikut adalah merupakan cara daftar mengundi:
- Permohonan Akaun Pengguna
- Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
- Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
- Masukkan maklumat yang diperlukan
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Emel yang sah
- Gambar depan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
- Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
- Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
- Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
- Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
- Pengaktifan Akaun Pengguna
- Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Isi Borang A
- Selepas berjaya login, klik Status Saya.
- Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
- Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
CARA TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI DI KAD PENGENALAN SECARA MANUAL
Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.
LOKASI PUSAT DAFTAR MENGUNDI SECARA MANUAL
Sekiranya anda ingin mendaftar pengundi secara manual, sila hadir ke kaunter seperti berikut:
- Kaunter Pendaftaran Pemilih, Ibu Pejabat SPR Malaysia, Aras G, Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
- Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
- Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
- Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri: http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
- Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
SENARAI LOKASI CAWANGAN SPR
Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:
SOALAN LAZIM SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Apakah portal rasmi untuk semak daftar pemilih SPR?
- Klik https://pengundi.spr.gov.my/ untuk semak daftar pemilih SPR
Berapakah umur seseorang untuk layak mengundi?
- Umur seseorang untuk layak mengundi adalah 18 tahun.
Dimanakah untuk membuat semakan daftar pemilih ?
- Pengundi boleh membuat semakan secara online di laman web rasmi SPR tersebut dan boleh membuat semakan secara SMS.
Apakah dokumen yang diperlukan bagi membuat semakan ?
- Pengundi cuma perlukan No Kad Pengenalan dan masukan Captcha.
Apakah maklumat yang akan dipaparkan ketika membuat semakan ?
- Maklumat semakan yang akan dipaparkan adalah bahagiann tempat daerah mengundi, lokasi pilihan raya Dun dan Parlimen.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Layari portal rasmi SPR
Sumber: https://kekandamemey.com/semakan-daftar-pemilih.html