Cara Check No PERKESO (Semakan Nombor SOCSO)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara semak SOCSO number (nombor SOCSO) secara mudah & cepat

Lain: Cara Buat Tuntutan PERKESO Sekiranya Anda Terlibat Dalam Kemalangan

Cara Semakan No Perkeso

Berikut adalah maklumat mengenai semakan no SOCSO / PERKESO

Semakan No SOCSO / PERKESO Melalui No IC

Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Jika anda yakin bahawa anda pernah berdaftar dahulu, maka anda boleh membuat semakan ahli dengan menggunakan nombor IC sahaja.

Perkara ini juga dimaklumkan melalui laman web PERKESO pada pautan di baawah:

https://www.perkeso.gov.my/soalan-lazim.html#24-s-apakah-nombor-ahli-perkeso-saya

Cara Semakan No SOCSO Melalui Slip Gaji

Satu lagi cara adalah dengan membuat semakan pada slip gaji. Sesetengah slip gaji akan memaparkan no PERKESO untuk rujukan pekerja dan majikan.

Semakan No PERKESO Melalui Talian Hotline

Cara ketiga untuk mengetahui dan membuat semakan nombor PERKESO / SOCSO adalah dengan terus menghubungi pihak PERKESO di talian hotline 1-300-22-8000.

Diharapkan info semak SOCSO number di atas ini dapat memberikan anda maklumat yang baru dan bermanfaat.

Sumber: Cara Check No PERKESO (Semakan Nombor SOCSO) (ecentral.my)