Cara Semakan Status Halal JAKIM Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara semak status halal JAKIM online & SMS yang dikongsikan oleh laman Cara Semakan Status Halal JAKIM – Info Pelajar

Lain: Senarai Jenama Gelatin Halal Di Malaysia Disahkan JAKIM

Cara Semak Status Halal

Terdapat 2 cara yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan status halal iaitu melalui online dan SMS.

Semak Status Halal Secara Online

Langkah-langkah untuk membuat semakan statu halal secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.halal.gov.my/
  2. Kemudian, dibahagian carian anda boleh memilih negeri dan kategori
  3. Sila masukkan kata kunci seperti KFC, dalam ruangan semak status halal. Kemudian klik butang carian
  4. Maklumat carian akan dipaparkan bersama dengan tarikh luput sijil halal syarikat serta pautan yang boleh dirujuk untuk maklumat yang lebih terperinci.
  5. Anda boleh mencetak maklumat berikut sebagai rujukan dengan menekan butang “Print”

Semak Status Halal Melalui SMS

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan status halal melalui SMS:

  • Taip HALAL<jarak>SEMAK<jarak>[No. Pendaftaran Syarikat
  • Contoh : HALAL SEMAK 8990RZ
  • Kemudian, sila hantar SMS ke 15888 dan maklumat yang berkaitan akan dihantar ke telefon anda.

Sumber: Cara Semakan Status Halal JAKIM – Info Pelajar