Solat Sunat Sebelum Subuh : Cara & Kelebihan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Panduan tatacara Solat Sunat Sebelum Subuh atau Qabliah Subuh serta kelebihannya yang perlu anda ketahui

Lain: Cara Solat Dhuha: Panduan Lengkap Dan Doa Dhuha

Solat Sunat Sebelum Subuh

Solat sunat sebelum subuh dikenali sebagai solat qabliyah subuh atau solat sunat fajar dan dilakukan sebanyak dua rakaat.

Solat ini tergolong dalam solat Nafl yang bermaksud tambahan kerana ia adalah tambahan kepada solat-solat yang difardhukan oleh Allah SWT.

Kelebihan Qabliah Subuh

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Hadis ini menjelaskan bahawa solat sunat dua rakaat sebelum menunaikan solat subuh memiliki ganjaran yang lebih baik daripada dunia dan seisinya. 

Cara Menunaikan Solat Sunat Sebelum Subuh

Cara menunaikan solat sunat ini adalah sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain. 

Solat ini ditunaikan selepas berkumandangnya azan subuh atau sebelum mendirikan solat fardhu subuh.

Rakaat Pertama;

1. Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat.

2. Membaca niat solat seperti yang berikut:

niat solat sunat sebelum subuh

Maksudnya: “Sahaja aku menunaikan solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah ta’ala”

3. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut “Allahuakbar”.

4. Membaca doa iftitah.

5. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan.

6. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran.

7. Rukuk sambil bertakbir

8. I’tidal.

9. Sujud.

10. Bacaan duduk antara dua sujud

11. Sujud yang kedua kali.

Rakaat Kedua;

12. Berdiri semula sambil bertakbir dan ulangi semua rukun solat seperti rakaat pertama sehingga sujud yang kedua. 

13. Duduk tahiyat akhir

14. Memberikan salam

Doa Selepas Solat Sunat Yang Boleh Dibacakan

doa selepas solat sunat

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindungan Mu daripada api neraka.”

Diharapkan info qabliah subuh di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Solat Sunat Sebelum Subuh: Cara Menunaikan & Ganjarannya (ecentral.my)