Sukan Asia 2023 : Tarikh, Sukan & Peserta

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Sukan Asia 2023 info seperti tarikh pembukaan dan penutup, jadual, lokasi acara, acara sukan dipertandingkan, senarai negara peserta, maskot & logo

Lain: Sukan Olimpik 2024 : Lokasi, Tarikh, Maskot Rasmi

Sukan Asia

Berikut adalah info mengenai Sukan Asia yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Sukan Asia 2023: Tarikh, Senarai Sukan & Negara Peserta (ecentral.my)

Apa itu Sukan Asia

Sukan Asia juga dikenali sebagai Asiad adalah sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia.

Tarikh, Jadual & Lokasi Acara

23 September sehingga 8 Oktober 2023.

Upacara Pembukaan: 23/09/2023

Upacara Penutup: 08/10/2023

Untuk melihat senarai penuh jadual pertandingan dan lokasi setiap acara dipertandingkan, sila rujuk halaman rasmi penganjur di https://ocasia.org/games/2-hangzhou-2023.html

Artikel berkaitan: Piala Dunia 2026: Tarikh, Pasukan, Format & Jadual Perlawanan

Kontinjen Malaysia

Bagi Sukan Asia kali ini, Malaysia menghantar kontinjen seramai 294 orang atlet bagi bersaing dalam 29 acara bagi 23 jenis sukan.

Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Asia Hangzhou adalah Datuk Chong Kim Fatt.

Acara sukan dipertandingkan

Berikut merupakan senarai acara sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia 2023 ini:

  • Akuatik
  • Angkat berat
  • Memanah
  • Badminton
  • Besbol
  • Bola baling
  • Bola keranjang
  • Bola sepak
  • Bola tampar
  • Catur
  • Bina badan
  • Ekuestrian
  • Golf
  • Gimnastik
  • Gusti
  • Billiard & Snuker
  • Hoki padang
  • Judo
  • Kabaddi
  • Kanu & Kayak
  • Karate-do
  • Lawan pedang
  • Lumba basikal
  • Mendayung
  • Menembak
  • Olahraga
  • Sofbol
  • Soft tenis
  • Perahu layar
  • Ping pong
  • Ragbi
  • Sepak takraw
  • Skuasy
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Tenpin boling
  • Tinju
  • Triatlon
  • Wushu

Secara umumnya, sejumlah 40 jenis sukan akan dipertandingkan dan setiap sukan mempunyai kategori-kategori tertentu yang menawarkan pingat pada para peserta.

Senarai negara peserta

Sukan Asia 2023

Mengikut statistik, sebanyak 40 buah negara di Asia akan mengambil bahagian dalam temasya ini termasuklah para atlet dari negara kita Malaysia.

Senarai penuh negara yang menyertai temasya edisi kali ini boleh dilihat daripada tangkap layar di atas yang diperolehi daripada laman web penganjur.

Maskot dan logo Sukan Asia 2023

sukan asia
Maskot rasmi Sukan Asia 2023
sukan asia
Logo rasmi Sukan Asia 2023

Sumber: Sukan Asia 2023: Tarikh, Senarai Sukan & Negara Peserta (ecentral.my)