Cara Beli Tiket Bas Online TBS

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Cara Beli Tiket Bas Online TBS di TBS Online yang dikongsikan oleh laman TBS Online: Cara Beli Tiket Bas Online TBS (harianpost.my)

Lain: Panduan Cara Buat Passport Malaysia Untuk Pertama Kali

TBS Online

Menerusi TBS Online, anda boleh membeli tiket melalui salah satu kaedah berikut:

  • Laman web eTicketing
  • Aplikasi mudah alih TBS-BTS

Anda bukan sahaja boleh membeli tiket secara dalam talian/melalui aplikasi, malah platform ini juga membolehkan anda mendapatkan pas QR untuk anda imbas masuk ke ruang pelepasan tanpa perlu bersusah payah untuk beratur lagi.

Cara Beli Tiket Bas Online TBS

Berikut adalah cara beli tiket bas online TBS

Cara Beli Tiket Bas Online TBS : Melalui Aplikasi TBS-BTS

Ikuti langkah di bawah untuk membeli tiket bas menggunakan aplikasi TBS-BTS: 

1. Sila muat turun aplikasi TBS Online (TBS-BTS) melalui Google Play Store atau Apple App Store.

2. Kemudian, daftar akaun anda untuk mula buat pembelian.

3. Pilih tarikh perjalanan, masa, lokasi pelepasan dan destinasi.

4. Kemudian, pilih bilangan penumpang.

5. Seterusnya, pilih jenis trip sama ada secara sehala atau pergi balik.

6. Pilih tempat duduk mengikut kekosongan yang ada.

7. Akhir sekali, lakukan bayaran secara online.

8. Selesai. Pembelian tiket bas anda berjaya. 

Cara Pembelian Tiket Bas : Melalui Web eTicketing

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membeli tiket melalui laman web TBS Online:

  1. Layari laman web e Ticketing TBS melalui pautan berikut: https://eticketing.tbsbts.com.my/ 
  2. Klik “Sign Up” di bawah borang log masuk.
  3. Pengguna pertama dikehendaki mendaftarkan akaun bagi memudahkan anda melihat dan menyimpan segala transaksi pembelian tiket.
  4. Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk.
  5. Pilih tarikh perjalanan.
  6. Pilih lokasi pelepasan.
  7. Pilih destinasi.
  8. Pilih bilangan penumpang.
  9. Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik).
  10. Pilih tempat duduk.
  11. Lakukan bayaran secara dalam talian

SOP Pembelian Tiket Luar TBS-BTS:

  •  Tiada kod QR GoPass, sila ke kaunter Pas Masuk Bas A – H (lampu hijau).
  •  Ada kod QR Go Pass, terus imbas kod QR Go Pass di pintu pelepasan.

Sumber: TBS Online: Cara Beli Tiket Bas Online TBS (harianpost.my)