Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan takbir raya serta ejaan rumi dan maksud takbir hari raya. Semoga dengan panduan lafaz takbir raya ini dapat memudahkan anda untuk bertakbir di pagi raya di rumah masing-masing.
Panduan Lain: Cara Solat Sunat Hari Raya Haji Aidiladha
Lafaz Takbir Raya
Lafaz takbir raya adalah seperti berikut:
Ejaan Rumi: Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..!
Maksud: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..!
Ejaan Rumi: Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Maksud: Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Ejaan Rumi: Allaahu akbar walillaahil hamd’
Maksud: Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Ulang baca bacaan atas ini sebanyak 3 kali kemudian diteruskan dengan bacaan di bawah ini.
Ejaan Rumi: Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..!
Maksud: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..!
Ejaan Rumi: Allahu akbar kabiiraa
Maksud: Allah Maha Besar sebesar-besarnya
Ejaan Rumi: Walhamdulillaahi katsiiraa
Maksud: Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya
Ejaan Rumi: Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Maksud: Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
Ejaan Rumi: Laa ilaaha illallallahu
Maksud: Tidak ada Tuhan melainkan Allah
Ejaan Rumi: walaa na’budu illaa iyyaahu
Maksud: kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya
Ejaan Rumi: mukhlishiina lahuddiin
Maksud: dengan ikhlas untuk agama (Islam)
Ejaan Rumi: Walau karihal kaafiruun
Maksud: walaupun dibenci oleh golongan kafir
Ejaan Rumi: Laa ilaaha illallallahu wahdah
Maksud: Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
Ejaan Rumi: sadaqa wa’dah
Maksud: yang benar janji-Nya
Ejaan Rumi: wanashara ‘abdah
Maksud: dan yang menolong hamba-Nya
Ejaan Rumi: wa a’azza jundahu
Maksud: dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)
Ejaan Rumi: wahazamal ahzaaba wahdah
Maksud: dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
Ejaan Rumi: Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Maksud: Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Ejaan Rumi: Allaahu akbar walillaahil hamd’
Maksud: Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Ejaan Rumi: Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..!
Maksud: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar..!
Ejaan Rumi: Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Maksud: Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Ejaan Rumi: Allaahu akbar walillaahil hamd’
Maksud: Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Jenis Takbir Hari Raya
Terdapat dua jenis takbir, iaitu:
Takbir Mursal
- Takbir Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
- Juga digelar Takbir Mutlak kerana boleh dilaksanakan tanpa terikat pada waktu solat
- Dilafazkan apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sehingga takbiratulihram sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya (disunatkan bertakbir sepanjang masa)
- Ulama menyatakan bahawa Takbir Mursal lebih ditekankan perlaksanaannya pada Hari Raya Aidilfitri berbanding Hari Raya Aidiladha
Takbir Muqayyad
- Takbir Hari Raya Aidiladha
- Takbir ini terikat kepada pelaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu)
- Takbir Muqayyad ini disunatkan untuk dilafazkan selepas setiap kali solat fardhu apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha. Ianya hendaklah dilakukan secara jahar (bacaan nyaring)
- Takbir ini hanya dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha serta tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilfitri (kecuali Takbir Mursal)
Waktu Bertakbir Raya
Terdapat perbezaan waktu bertakbir hari raya aidilfitri dan waktu bertakbir hari raya aidiladha. Berikut adalah maklumatnya:
Waktu Bertakbir Hari Raya Aidilfitri
Selepas terbenam matahari pada malam raya, iaitu masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri pada keesokan paginya.
Waktu Bertakbir Hari Raya Aidiladha
- Mulai waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga
- Disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan Haji, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah. (menjadikan waktu bertakbir tersebut 5 hari 4 malam)
- Bagi yang menunaikan Haji, disunatkan bertakbir mulai gelincir matahari, iaitu masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbit fajar sadiq (masuk waktu Subuh 13 Zulhijjah). Tetapi jika mereka telah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain