Talasemia Maksud & Cara Rawatannya

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai maksud Talasemia serta simptom, risiko & cara rawatannya

Lain: Mengantuk Selepas Makan? Ini Sebabnya

Talasemia Maksud

Talasemia maksud sejenis penyakit membabitkan penghasilan hemoglobin yang tidak normal atau dalam kuantiti tidak mencukupi.

Hemoglobin adalah sejenis protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Selain itu, talasemia maksud juga sebagai salah satu penyakit genetik atau keturunan yang boleh diwariskan ke anak oleh ibu bapa yang membawa gen talasemia.

Namun begitu, talasemia bukan penyakit berjangkit dan ia tidak boleh disebarkan kepada individu lain melalui sentuhan fizikal, udara dan air.

talasemia maksud

Jenis talasemia

Terdapat dua jenis talasemia iaitu pembawa gen talasemia (talasemia minor) dan pesakit talasemia (talasemia major).

Biasanya pembawa talasemia tidak mempunyai tanda penyakit dan menjalani kehidupan normal, sebaliknya pesakit talasemia major mengalami tanda penyakit dan memerlukan pemindahan darah dan rawatan berterusan seumur hidup.

Simptom talasemia

Antara tanda penyakit talasemia adalah seperti:

  • Tumbesaran terbantut
  • Pucat disebabkan oleh anemia, sentiasa lemah dan resah
  • Perut membesar disebabkan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat)
  • Juandis
  • Kanak-kanak kelihata normal semasa dilahirkan. Walau bagaimanapun, mereka akan mula mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 3 hingga 18 bulan

Punca talasemia

Punca penyakit talasemia ini berlaku apabila anda mewarisi gen bermutasi daripada ibu bapa yang mengubah haemoglobin darah anda.

Contohnya berlaku perkahwinan antara pembawa talasemia iaitu sama ada ibu atau ayah atau kedua-dunya sekali merupakan penghidap talasemia.

Hal ini jelas kerana, penyakit talasemia adalah penyakit keturunan genetik yang diwarisi dari ibu atau bapa kepada anak.

Rawatan talasemia

Bagi rawatan untuk talasemia, berikut adalah jenisnya:

Cara Rawat Talasemia : Transfusi darah

Pesakit talasemia major biasanya perlu menjalani transfusi darah secara berterusan pada selang masa yang ditetapkan sepanjang hayatnya.

Ini bertujuan mengembalikan hemoglobin ke aras lebih baik dan seterusnya membolehkan tisu-tisu dalam badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Ubat singkir zat besi

Zat besi berlebihan boleh dikurangkan melalui rawatan penyingkiran zat besi. Ubat ini berfungsi untuk mencegah atau mengurangkan zat besi yang berlebihan dan mengurangkan risiko kerosakan tisu dan organ penyakit.

Pemindahan sumsum tulang

Rawatan ini juga dijalankan sekiranya ada penderma yang sesuai dalam kalangan ahli keluarga pesakit. Penyakit talasemia ini adalah penyakit genetik yang boleh dicegah.

Antara kesan sampingan ubat ini termasuklah cirit-birit, pening, sakit perut, loya dan muntah.

Diharapkan info talasemia maksud di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Talasemia Maksud, Simptom, Risiko dan Rawatannya (ecentral.my)