Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa tanda perempuan suka kita dalam diam. Tanda perempuan tak suka kita juga ada. Ketahui tanda perempuan suka kita melalui whatsapp.
Artikel menarik lain: Senarai Cadangan Hadiah Kahwin Untuk Pengantin Baru
Tanda Perempuan Suka Kita
Berikut adalah tanda wanita suka kita yang boleh buat anda sedar.
Selalu Nampak Muka Dia Di Mana-Mana
Ini adalah salah satu tanda bila perempuan suka kita di mana kita selalu nampak muka dia di mana-mana tempat. Mereka mesti nak nampak lebih menonjol daripada orang lain walaupun terpaksa nampak seperti orang tidak tahu malu. Dia mahu kita sedar dan perasan dengan kewujudan dia.
Masak Makanan Kesukaan Kita Walaupun Tidak Pandai Masak
Bila seseorang perempuan itu suka pada kita, apa sahaja yang kita suka makan dia akan cuba masakkan walaupun dia sendiri tidak pandai memasak. Ada juga perempuan yang sampai tahap sanggup ambil kelas memasak semata-mata untuk belajar buat makanan yang kita gemari.
Tanda Perempuan Suka Kita Bila Dia Selalu Beri Hadiah
Tahukah anda bahawa perempuan romantik wujud dan punyai sifat romantik dan sentimental. Mereka akan selalu hadiahkan kita dengan pelbagai jenis barang yang kita suka. Kadang-kala mereka akan hadiahkan kita dengan makanan manis seperti coklat.
Ada juga yang sanggup belanjakan wang yang banyak untuk hadiahkan sesuatu yang mahal asalkan kita suka benda tersebut.
Tidak Pernah Terlepas Ucap Atau Sambut Hari Jadi Kita
Ada sesetengah perempua yang tiap-tiap tahun akan ingat, ucap atau sambut hari jadi kita. Selalunya bila perempuan betul-betul suka pada kita, dia memang tidak pernah lupa akan hari jadi kita walaupun sibuk dalam kehidupan.
Selalu Hubungi Kita Walaupun Tiada Hal Penting
Kebiasaannya jika tiada hal penting untuk berbincang, bertanya atau bercerita, kita tidak akan cuba untuk contact dia. Perempuan yang suka kita akan selalu tanya khabar kita, dah makan atau belum, sihat atau tidak dan seumpanya tidak kira waktu asalkan dia tahu keadaan kita.
Ada juga perempuan yang sudi menjadi pendengar kita di saat kita memerlukan seseorang untuk bercakap dalam telefon.
Sentiasa Menjaga Penampilan Diri
Jika seseorang perempuan itu suka pada kita, mesti dia akan sentiasa cuba nampak cantik, elok dan baik-baik depan mata kita. Mereka akan cuba selalu untuk mencantikkan diri dan pakai pakaian yang boleh buat kita terpikat.
Sumber: Therohani