Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai tarikh akhir eFilling 2024 borang cukai pendapatan yang perlu anda ketahui
Berkaitan: Cara Isi e-Filing Borang Cukai Pendapatan (e-BE)
Tarikh Akhir e-Filing 2024
Berikut adalah tarikh akhir borang cukai pendapatan e-Filing 2024 bagi borang nyata 2023 untuk semua kategori yang perlu anda ketahui:
Jenis Borang | Kategori | Tarikh Akhir Pengemukaan |
e-E | Majikan | 31 Mac 2024 (Tambahan masa 1 bulan untuk eFiling) |
e-BE | Individu Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan | 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) |
e-B | Individu Pemastautin yang menjalankan perniagaan | 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) |
e-P | Perkongsian | 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) |
e-BT | Individu Pemastautin (Pekerja berpengetahuan/Berkepakaran) | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) |
e-MT | Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 > 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) |
e-M | Individu Bukan Pemastautin | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 > 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) |
e-TF | Pertubuhan | > Tidak Menjalankan perniagaan : 20 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) |
e-TP | Harta Pusaka | Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) > Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling) |
e-TJ | Keluarga Sekutu Hindu | > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 > 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) *Tiada e-Filing |
C 2024 | Syarikat (Pembayar cukai dan majikan yang terdiri daripada syarikat diwajibkan mengemukakan borang C dan borang E secara e-filing) | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-C1 | Koperasi | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-PT | Perkongsian libiliti terhad | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-TC | Unit amanah/amanah harta tanah | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-TA | Badan amanah | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan) |
e-TR | Amanah pelaburan harta tanah/tabung amanah harta | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling |
e-TN | Amanah perniagaan | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling |
e-CPE | Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30A Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Eksplorasi] | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh eksplorasi |
e-CPP 2024 | Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30 Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Produksi] | Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan |
Sumber: https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf
Denda / Penalti Melewati Tarikh Akhir e-Filing 2024
Bagi anda yang gagal untuk mengemukakan BN dalam tempoh berkenaan (sehingga akhir tarikh e-filing) yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:
- BN selain Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
- Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
- Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.
Diharapkan tarikh akhir e-Filling 2024 di atas ini dapat membantu anda membuat persiapan sepatutnya.
Sumber: Tarikh Akhir e-Filing 2024 Borang Cukai Pendapatan (ecentral.my)