Pada setiap tahun, seluruh umat Islam di Malaysia akan mula puasa di bulan Ramadhan. Ikuti artikel berikut untuk ketahui tarikh ramadhan 2024 Malaysia.
Lain: Koleksi Menu Berbuka Puasa Diet Yang Sesuai
Apa itu Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam dan dianggap sebagai bulan paling suci.
Bulan ini dihormati kerana ia menandakan turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan adalah bulan yang di dalamnya umat Islam menjalankan ibadah puasa.
Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima, di mana umat Islam berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Tujuan utamanya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membersihkan jiwa dari keburukan.
Tarikh Bulan Ramadhan 2024 (Bulan Puasa)
Untuk tahun 2024, tarikh mula puasa bulan Ramadhan di Malaysia dijangka bermula pada 12 Mac 2024 (selasa) , bersamaan dengan 1 Ramadhan 1445H menurut kalendar Hijrah.
Ini adalah berdasarkan penetapan tarikh yang dinyatakan melalui Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak JAKIM.
Walau bagaimanapun, tarikh sebenar permulaan Ramadhan adalah bergantung kepada pemerhatian bulan dan boleh berbeza sedikit berdasarkan lokasi geografi dan kondisi cuaca.
Persediaaan Bulan Ramadhan
Berikut adalah beberapa persediaan yang boleh dilakukan:
- Bertaubat: Amalan bertaubat harus dilakukan secara konsisten, bukan hanya apabila melakukan kesalahan besar. Ini membantu memperkuatkan ibadah dan kesedaran terhadap kesalahan yang dilakukan.
- Tingkatkan Kualiti Ibadah: Berusaha untuk memperbaiki kelemahan dalam ibadah, seperti meningkatkan kekhusyukan dalam solat dan memperbanyakkan amalan seperti membaca Al-Quran.
- Melakukan Ibadah Tambahan: Memanfaatkan masa terluang untuk beribadah lebih, seperti melakukan puasa sunat dan membaca Al-Quran.
- Kawal Perbuatan dan Elak Perkara Negatif: Berusaha untuk menghindari perbuatan negatif seperti bergosip, malas, atau bersangka buruk.
- Berpuasa Lebih Awal: Melakukan puasa sunat sebelum Ramadhan dapat membantu tubuh membiasakan diri dengan rutin berpuasa.
- Jangan Membazir: Mengambil hanya apa yang perlu semasa sahur dan berbuka puasa untuk mengelak pembaziran.
- Waktu Tidur Yang Baik: Mengatur waktu tidur untuk memastikan cukup rehat dan mudah bangun untuk sahur.
- Pastikan Kesihatan Baik: Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa.
- Tetapkan Matlamat Anda: Memiliki tujuan dan matlamat dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan.
- Tahu Jadual dan Rancang Dengan Awal: Merancang aktiviti seperti terawih dan berbuka puasa bersama keluarga.
Sumber: Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2024 – Info Pelajar