Cara Buat QR Code MySejahtera Check In Pelanggan Pelawat

Kini, kerajaan mewajibkan setiap premis atau tempat yang dikunjungi orang ramai untuk buat dan sediakan QR Code MySejahtera untuk pelanggan atau pelawat scan bagi memudahkan pengesanan kontak rapat sekiranya ada kes positif COVID-19 di tempat tersebut.

Penyediaan QR Code scan MySejantera ini bukan sahaja memudahkan kita dengan tidak lagi menulis nama dan nombor telefon di buku di setiap premis, malah ianya cepat, maklumat dilindungi dan terjamin lebih bersih.

Cara Daftar E-Wallet Tebus RM50 EPenjana

Cara Buat QR Code MySejahtera

Anda berminat untuk buat QR code MySejahtera untuk premis anda atau untuk majlis di rumah anda? Dibawah ini kami sediakan caranya.

Lawati Laman Web Rasmi MySejahtera

Mula-mula sila ke laman web rasmi MySejahtera dan klik pada “Daftar MySejahtera Check-In

mysejahtera check in code

Daftar MySejahtera

Di halaman daftar ini, anda perlu masukkan nombor telefon dan tunggu kod OTP yang akan dihantar pada nombor telefon tersebut melalui SMS. Setelah menerima SMS OTP, masukkan nombor OTP dan teruskan ke halaman seterusnya.

buat mysejahtera qr code 2
buat mysejahtera qr code 3

Isikan Maklumat Premis Atau Tempat Majlis

Di halaman berikutnya, anda perlu masukkan maklumat premis yang hendak didaftarkan. Sekiranya anda ingin membuat majlis kecil-kecilan di tempat anda, sila guna alamat rumah dan letakkan nama majlis anda (seperti Majlis Perkahwinan Ali dan Aminah) di ruang “Business Name”.

buat mysejahtera qr code 4

Cetak QR Code MySejahtera

Setelah selesai, anda boleh memilih untuk cetak, download atau email QR code scan MySejahtera untuk majlis atau premis anda. Seeloknya anda menggunakan printer yang berkualiti untuk mengelakkan masalah QR code tidak boleh dibaca.

buat mysejahtera qr code 5
buat mysejahtera qr code 6

Test QR Code MySejahtera

Setelah cetak QR Code MySejahtera, anda digalakkan untuk mencuba terlebih dahulu untuk scan QR code tersebut menggunakan aplikasi MySejahtera menerusi fungsi check in. Sekiranya berjaya, akan keluar paparan seperti di bawah ini yang bermaksud QR Code MySejahtera telah sah boleh digunakan oleh pelawat atau pelanggan yang hadir ke tempat kita.

buat mysejahtera qr code 7

Leave a Comment