Sony PlayStation 5 Diperkenalkan, Hadir Dalam Dua Versi Berbeza

Pada pagi ini, Sony telah memperkenalkan konsol generasi baru mereka iaitu Playstation 5 (PS5) menerusi sebuah acara khas. Apa yang menariknya, untuk PS5 ini, ianya hadir dalam dua versi berbeza iaitu versi sokongan cakera fizikal yang dipanggil sebagai PlayStation 5 dan versi digital sepenuhnya yang dipanggil sebagai PlayStation 5 Digital Edition.

Dengan pengenalan dua versi berbeza ini, kemungkinan PlayStation 5 Digital Edition akan dijual dengan harga sedikit murah berbanding PlayStation 5. Di samping itu, Sony turut memperkenalkan senarai aksesori penuh untuk PS5 seperti Pulse 3D Wireless Headset, HD Camera, Media Remote, DualSense Wireless Controller dan DualSense Charging Station.

Buat masa ini, harga dan tarikh mula jualan bagi konsol generasi baru ini masih belum diumumkan. Namun ianya dijangka akan mula dijual pada penghujung tahun 2020.

Khas: Gambar Dan Video Contoh Permainan Di Konsol PlayStation 5 (PS5) Diperlihatkan

Selain itu, beberapa trailer awal permainan yang bakal dilancarkan pada pelantar PS5 seperti Horizon Forbidden West, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Resident Evil Village dan banyak lagi turut diperkenalkan oleh Sony seperti yang terdapat di bawah ini. Untuk trailer permainan lain PS5, anda boleh dapati di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=gHzuHo80U2M

Sumber: Playstation

Leave a Comment