Acara Sony PlayStation 5 Akan Berlangsung Pada 12 Jun 2020 4 Pagi Waktu Tempatan

Acara pengumuman oleh Sony mengenai Sony PlayStation 5 (PS5) sepatutnya berlangsung pada 4 Jun 2020 yang lepas, tetapi berikutan dengan insiden tunjuk perasaan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat, acara tersebut telah ditunda ke tarikh terbaru iaitu pada 12 Jun 2020 4:00 AM waktu tempatan.

Menariknya, pada beberapa jam sebelum acara pengumuman tersebut, maklumat mengenai harga jualan PS5 telah dibocorkan terlebih dahulu di Amazon UK dimana harga PS5 untuk model 2TB dijual pada harga £599.99 (sekitar USD $760 atau RM 3200).

Sumber: T3

Leave a Comment