Apple iPhone 12, 12 Mini, 12 Pro Dan 12 Pro Max Dilancarkan

Pada awal pagi ini (waktu tempatan), Apple telah melancarkan empat model iPhone terbaru iaitu Apple iPhone 12, Apple iPhone 12 Mini, Apple iPhone 12 Pro Dan Apple iPhone 12 Pro Max.

Sony PlayStation 5 Diperkenalkan, Hadir Dalam Dua Versi Berbeza

Spesifikasi Apple iPhone 12

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai spesifikasi setiap variasi iPhone 12.

iPhone 12

spesifikasi iphone 12

iPhone 12 adalah model yang mempunyai saiz skrin sebesar 6.1″ dengan skrin OLED dan resolusi Super Retina XDR. Ianya dijana dengan cip Apple A14 Bionic, dwi kamera utama 12-megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan juga 12-megapixel. Dwi kamera utama menggunakan sensor sudut lebar dan ultra sudut lebar.

iphone 12 biru

Dari segi rekaan pula peranti kini mempunyai panel sisi logam aluminium yang rata sama seperti yang terdapat pada iPad Pro. Skrin kaca pada bahagian hadapan pula hadir dengan pelindung seramik yang menurut Apple adalah lebih tahan hentakan.

Skrin iPhone 12 ini bukan sahaja menyokong teknologi HDR10 tetapi juga HLG dan Dolby Vision. Sistem imbasan wajah Face ID dikekalkan tetapi notch pada skrin kini telah dikecilkan sedikit berbanding model tahun lepas.

iPhone 12 menyokong pengecasan berwayar dengan 20W dan pengecasan secara wireless dengan 15W menerusi sambungan digelar MagSafe iaitu teknologi pengecas berasaskan magnet yang memastikan orientasi pengecasan adalah tepat sepanjang masa.

Dari segi ketahanan bateri, iPhone 12 mampu untuk memainkan video tanpa henti selama 17 jam, untuk live stream video selama 11 jam dan untuk audio tanpa henti selama 65 jam. iPhone 12 turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G.

Sedikit berbeza pada iPhone 12 tahun ini dimana tiada lagi fon telinga dan charger diberikan untuk setiap pembelian. Hanya kabel USB-C ke Lightning dibekalkan. Pengguna perlu membeli pengecas secara berasingan.

iPhone 12 Mini

iPhone 12 Mini adalah model yang mempunyai saiz skrin sebesar 5.4″ dengan skrin OLED dan resolusi Super Retina XDR. iPhone 12 Mini mempunyai spesifikasi yang sama seperti iPhone 12 di atas cuma beza pada saiz skrin dan bateri.

iphone 12 mini

Dari segi ketahanan bateri, iPhone 12 Mini mampu untuk memainkan video tanpa henti selama 15 jam, untuk live stream video selama 10 jam dan untuk audio tanpa henti selama 50 jam.

iPhone 12 Pro

spesifikasi iphone 12 pro

iPhone 12 Pro adalah model yang mempunyai saiz skrin sebesar 6.1″ dengan resolusi Super Retina XDR. Ianya dijana dengan cip Apple A14 Bionic. iPhone 12 Pro mengekalkan tetapan tri-kamera utama pada bahagian belakang.

Turut terdapat pada bahagian belakang adalah sensor LiDAR yang sama digunakan pada iPad Pro. Sensor ini membantu dalam mengoptimasikan kualiti gambar dan video seperti menyokong rakaman video 4K HDR, Apple ProRAW, Smary HDR 3 atau juga Dolby Vision HDR, melalui lensa sudut ultra lebar ƒ/1.6 lebih baik untuk suasana kurang cahaya, utama dan telefoto 52mm untuk zum 4x dan semua lensa adalah 12MP.

iphone 12 pro kamera

iPhone 12 Pro menggunakan bahan binaan tahan lasak Ceramic Shield dan Aluminium, kekal dengan perlindungan IP68, bateri yang lebih besar, serta turut mempunyai sistem pengecasan MagSafe sama seperti iPhone 12.

Cip Apple U1 turut diperkenalkan untuk penggunaan AirDrop dan ciri Handsoff. iPhone 12 Pro turut mempunyai sokongan rangkaian 5G. Sama seperti iPhone 12, tiada lagi fon telinga dan charger diberikan untuk setiap pembelian. Hanya kabel USB-C ke Lightning dibekalkan. Pengguna perlu membeli pengecas secara berasingan.

Dari segi ketahanan bateri, iPhone 12 Pro mampu untuk memainkan video tanpa henti selama 17 jam, untuk live stream video selama 11 jam dan untuk audio tanpa henti selama 65 jam.

iPhone 12 Pro Max

iPhone 12 Pro Max adalah model yang mempunyai saiz skrin sebesar 6.7″ dengan resolusi Super Retina XDR. iPhone 12 Pro Max mempunyai spesifikasi yang sama seperti iPhone 12 Pro di atas cuma beza pada saiz skrin, bateri, dan kamera.

Untuk iPhone 12 Pro Max, lensa telefoto adalah 65mm dan mempunyai OIS baharu pada lensa sudut ultra lebar. Dari segi ketahanan bateri, iPhone 12 Pro Max mampu untuk memainkan video tanpa henti selama 20 jam, untuk live stream video selama 12 jam dan untuk audio tanpa henti selama 80 jam.

Harga Apple iPhone 12

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai harga setiap variasi iPhone 12.

iPhone 12

Pembelian iPhone 12 boleh dibuat di laman rasmi iPhone 12 Apple dimana penghantaran adalah percuma. Untuk senarai harga iPhone 12:

iPhone 12 64GB: RM 3,899
iPhone 12 128GB: RM 4,099
iPhone 12 256GB: RM 4,599

iPhone 12 Mini

Pembelian iPhone 12 Mini boleh dibuat di laman rasmi iPhone 12 Mini Apple dimana penghantaran adalah percuma. Untuk senarai harga iPhone 12 Mini:

iPhone 12 Mini 64GB: RM 3,399
iPhone 12 Mini 128GB: RM 3,599
iPhone 12 Mini 256GB: RM 4,099

iPhone 12 Pro

Pembelian iPhone 12 Pro boleh dibuat di laman rasmi iPhone 12 Pro Apple dimana penghantaran adalah percuma. Untuk senarai harga iPhone 12 Pro:

iPhone 12 Pro 128GB: RM 4,899
iPhone 12 Pro 256GB: RM 5,399
iPhone 12 Pro 512GB: RM 6,299

iPhone 12 Pro Max

Pembelian iPhone 12 Pro Max boleh dibuat di laman rasmi iPhone 12 Pro Max Apple dimana penghantaran adalah percuma. Untuk senarai harga iPhone 12 Pro Max:

iPhone 12 Pro Max 128GB: RM 5,299
iPhone 12 Pro Max 256GB: RM 5,799
iPhone 12 Pro Max 512GB: RM 6,699

Warna iPhone 12

Untuk model iPhone 12 dan iPhone 12 Mini, warna yang ditawarkan adalah warna putih, hitam, biru, hijau dan merah.

warna iphone 12

Manakala untuk model iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, warna yang ditawarkan pula adalah Gold, Graphite, Silver dan warna baru iaitu Pacific Blue.

warna iphone 12 pro max

Sumber: Amanz

Leave a Comment