in

Apple iPhone SE 2020 Dilancarkan; Skrin 4.7 Inci, Apple A13 Bionic, Touch ID, Harga Serendah RM1999

Dilengkapi dengan ciri-ciri menarik disamping harga yang mampu milik

iPhone SE 2020

Semalam, Apple telah melancarkan Apple iPhone SE generasi kedua dimana iPhone SE ini merupakan peranti yang dinaik taraf dari iPhone SE generasi pertama. Apa yang menarik mengenai iPhone SE ini adalah walaupun saiz skrinnya kecil iaitu sekadar 4.7 inchi sahaja, tetapi ianya dikuasakan oleh cip Apple A13 Bionic yang turut digunakan pada model iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max yang dilancarkan pada tahun lepas. Tambahan lagi, iPhone SE ini akan dijual dengan harga mampu milik serendah RM1999.

Skrin 4.7 Inci Retina HD Display Dan Badan Diperbuat Dari Kaca Serta Aluminium

iphone se 4.7 inci
Sumber: Apple

iPhone SE ini menggunakan skrin bersaiz 4.7 inci dengan teknologi Retina HD Display. Pada tahun 2020 ini, masih ada lagi sebilangan kecil pengguna yang masih suka dengan saiz smartphone bersaiz kecil seperti 4.7 inci kerana bagi mereka, ianya mudah digunakan dengan sebelah tangan sahaja. Disamping itu, badan iPhone SE diperbuat dari kaca dan aluminium, berbeza dengan iPhone SE generasi pertama. Binaan kaca digunakan kerana iPhone SE kini dilengkapi dengan fungsi wireless charging.

Apple A13 Bionic 7nm

a13 bionic
Sumber: Apple

iPhone SE dikuasakan oleh cip Apple A13 Bionic 7nm yang sama turut digunakan pada model iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max. Cip A13 Bionic ini yang direka khusus untuk fotografi, permainan dan pengalaman augmented reality dikatakan amat berkuasa dan efisien jika dibandingkan dengan cip A12 Bionic dan A11 Bionic. Disamping itu, cip ini mampu memberikan ketahan bateri yang lama kepada iPhone SE.

apple arcade
Sumber: Apple

Kamera Belakang 12-Megapixel f/1.8 Dan Kamera Depan 7-Megapixel f/2.2

iPhone SE dilengkapi dengan sistem satu kamera belakang 12-Megapixel f/1.8 yang dapat menghasilkan gambar dan video menarik dengan bantuan Apple A13 Bionic. Kamera belakang turut menyokong rakaman video pada 4K sehingga 60fps. Disamping itu, iPhone SE mempunyai fungsi kamera Portrait mode, enam efek Portrait Lighting dan Depth Control. Kamera depan 7-Megapixel f/2.2 juga turut berkuasa dalam menghasilkan gambar yang cantik.

Sumber: Apple
Sumber: Apple
Sumber: Apple
Sumber: Apple

Touch ID

touch id
Sumber: Apple

iPhone SE mengekalkan semula penggunaan butang Home dengan pengimbas cap jari Touch ID. Dengan Touch ID, keselamatan iPhone SE dapat dipertingkatkan selain pengguna dapat menggunakan aplikasi kegemaran dengan pantas. Menurut Apple, segala data cap jari pengguna disimpan dalam iPhone, bukan di dalam server Apple ataupun di iCloud.

Kalis Air IP67 Dan Debu

iphone se kalis air
Sumber: Apple

iPhone SE kini mempunyai pelindungan kalis air IP67 dimana ianya kalis air sehingga kedalaman 1 meter selama 30 minit. Selain dari itu, iPhone SE juga kalis debu.

Ketahanan Bateri

bateri tahan lama iphone se
Sumber: Apple

iPhone SE mempunyai ketahanan bateri setanding iPhone 8 dengan sokongan quick charge 18W. Malangnya pengecas pantas tidak disertakan sekali dengan setiap pembelian iPhone SE. iPhone SE turut boleh dicas secara wireless menggunakan format Qi.

Pilihan Warna Ditawarkan

warna iphone se
Sumber: Apple

iPhone SE ditawarkan dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan juga merah. Pembelian boleh dilakukan di kedai fizikal atau atas talian menerusi laman web Apple.

Siapa Perlu Beli iPhone SE Ini?

Menurut Apple, pengguna iPhone 8 Plus dan kebawah (iPhone 8 Plus, iPhone 8, iPhone 7 Plus, iPhone 7, iPhone 6s Plus, iPhone 6s, iPhone 6 Plus, iPhone 6, dan iPhone SE generasi pertama) adalah digalakkan untuk menaiktaraf telefon mereka kepada iPhone SE ini. Apple menyediakan laman khas menunjukkan sebab kenapa anda perlu menukar kepada iPhone SE ini sekiranya anda pengguna iPhone 8 Plus dan kebawah.

Tetapi sekiranya anda pengguna telefon lain seperti Android, tidak salah jika anda ingin mencuba iPhone SE dan sistem iOS mereka memandangkan harga iPhone SE dikatakan mampu milik kerana dijual serendah RM1999.

Sumber: Apple