Apple iPhone 13, 13 Mini, 13 Pro Dan 13 Pro Max Dilancarkan

Pada awal pagi ini (waktu tempatan), Apple telah melancarkan empat model iPhone terbaru iaitu Apple iPhone 13Apple iPhone 13 MiniApple iPhone 13 Pro Dan Apple iPhone 13 Pro Max. Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Apple iPhone 13 seperti spesifikasi iPhone 13, harga iPhone 13, warna iPhone 13, tarikh jualan iPhone 13 dan sebagainya.

Artikel menarik lain: Ini Senarai Aplikasi Paling Banyak Makan Bateri Telefon Anda

Apple iPhone 13

Apple iPhone 13 Dan Apple iPhone 13 Mini

Berikut adalah info iPhone 13 dan info iPhone 13 Mini untuk makluman anda.

Spesifikasi Apple iPhone 13 Dan Spesifikasi iPhone 13 Mini

iphone 13 spec

Untuk Apple iPhone 13 spec dan iPhone 13 Mini spec, iPhone 13 datang dengan skrin sebesar 6.1″ daripada panel OLED dengan resolusi Super Retina XDR dan iPhone 13 Mini pula hadir dengan skrin sebesar 5.4″. iPhone kini mempunyai panel sisi logam aluminium yang rata menyerupai model tahun lalu. Kaca hadapan pula hadir dengan pelindung seramik yang menurut Apple adalah lebih tahan hentakan.

iphone 13

Skrin iPhone kini bukan sahaja menyokong HDR10 tetapi juga HLG dan Dolby Vision. Pada model tahun ini, sistem imbasan wajah Face ID dikekalkan tetapi notch atau takuk pada skrin akhirnya lebih kecil kerana earpiece diletakkan pada bahagian bezel atas.

iphone 13 mini spec

Kedua-dua iPhone ini dijana cip Apple A15 Bionic yang menawarkan 50% kuasa CPU lebih pantas dan 30% kuasa GPU lebih pantas berbanding pesaing.

Konfigurasi dwi-kamera 12-megapixel kini dengan Sensor-Shift untuk sokongan mod malam lebih baik serta mod Cinematic serba baharu. Kamera selfie juga sama iaitu 12 megapixel.

Dwi kamera utama menggunakan sensor sudut lebar dan ultra sudut lebar. Mod Cinematic ini memberikan pengalaman rakaman video seakan merakam video untuk filem dengan fokus dan penstabilan lebih baik.

iphone 13 spesifikasi
iphone 13 mini spesifikasi

Kedua-dua iPhone baharu ini masih menyokong pengecasan MagSafe. Bateri iPhone 13 dan bateri iPhone 13 mini adalah lebih lama daripada iPhone 12 dan iPhone 12 Mini.

spec iphone 13

Beza iPhone 13 Dan iPhone 13 Mini

Beza iPhone 13 dan iPhone 13 mini adalah pada saiz skrin dan harga. Untuk saiz skrin anda boleh rujuk maklumat di atas dan untuk harga iPhone 13 pula boleh rujuk di bawah ini.

Harga iPhone 13 Dan Harga iPhone 13 Mini

Apple menyatakan harga iPhone 13 dan harga iPhone 13 Mini akan kekal sama dengan harga pelancaran iPhone 12 dan iPhone 12 Mini pada tahun lepas.

Apple iPhone 13 ditawarkan pada harga bermula dari RM 3899 untuk storan sebesar 128GB dan meningkat ke RM5299 untuk model dengan 512GB dengan kapasiti 64GB akhirnya dilupakan. Sementara itu Apple iPhone 13 Mini pula dijual pada harga bermula RM 3399 untuk model 128GB dan RM4799 untuk model 512GB.

iphone 13 warna

Warna iPhone 13 Dan Warna iPhone 13 Mini

Warna iPhone 13 dan warna iPhone 13 Mini yang ditawarkan pula ialah merah jambu, biru, MidnightStarlight dan Product (RED).

Apple iPhone 13 Pro Dan Apple iPhone 13 Pro Max

Berikut adalah info iPhone 13 Pro dan info iPhone 13 Pro Max untuk makluman anda.

Spesifikasi Apple iPhone 13 Pro Dan Spesifikasi iPhone 13 Pro Max

Untuk Apple iPhone 13 Pro spec dan iPhone 13 Pro Max spec, seperti iPhone 13, ia turut menggunakan rekaan sama pada tahun lepas dengan sedikit perubahan. iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dijana dengan cip Apple A15 Bionic 5nm, menggunakan skrin OLED Super Retina XDR dan mempunyai konfigurasi kamera lebih hebat.

iphone 13 pro

Apple menyertakan sokongan refresh rate 120Hz untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max melalui teknologi ProMotion. Saiz skrin adalah 6.1-inci untuk iPhone 13 Pro dan 6.7-inci untuk iPhone 13 Pro Max. Peranti ini menggunakan bahan binaan premium yang sama iaitu Ceramic Shield dan Aluminium untuk menjamin ketahanan peranti.

spec iphone 13 pro

iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max mengekalkan tetapan tri-kamera dan juga sensor LiDAR. Dengan sokongan LiDAR dan algoritma Apple yang terkini, ia juga mampu mengoptimasikan kualiti gambar dan video seperti menyokong rakaman yang mod malam lebih baik serta rakaman video 4K HDR, Apple ProRes, atau juga Dolby Vision HDR.

spec iphone 13 pro max

Konfigurasi tri-kamera ini adalah daripada sensor Pro 12MP f/1.5 sudut lebar, ditemani dengan sensor 12MP f/1.8 sudut ultra-lebar dan juga sensor 12MP f/2.8 telefoto seperti model tahun lepas. Penambahbaikan lain yang diperkenalkan adalah semua sensor menyokong mod malam, mod makro pada sudut ultra lebar atau juga Photographic Styles. Sudah tentu, mod Cinematic yang diperkenalkan pada iPhone 13 dan iPhone 13 Mini juga ditawarkan.

Apple juga mengekalkan perlindungan IP68, bateri yang lebih tahan lama, serta turut mempunyai sistem pengecasan MagSafe. Bateri iPhone 13 Pro tahan lebih 1.5 jam daripada 12 Pro dan Bateri iPhone 13 Pro Max tahan lebih 2.5 jam berbanding iPhone 12 Pro Max.

spesifikasi iphone 13 pro

Beza iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max

Beza iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max adalah pada saiz skrin dan harga. Untuk saiz skrin anda boleh rujuk maklumat di atas dan untuk harga iPhone 13 Pro pula boleh rujuk di bawah ini.

Harga iPhone 13 Pro Dan Harga iPhone 13 Pro Max

iPhone 13 Pro Max bermula pada harga RM5299 untuk storan 128GB dan mencapai sehingga RM7599 untuk storan 1TB. Manakala iPhone 13 Pro pula bermula pada harga RM4899 untuk 128GB dan mencecah sehingga RM7199 untuk 1TB.

Warna iPhone 13 Pro Dan Warna iPhone 13 Pro Max

Warna iPhone 13 Pro dan warna iPhone 13 Pro Max yang ditawarkan pula ialah warna Sierra Blue, emas, perak dan Graphite.

warna iphone 13 pro

Sumber: Amanz