Cara Check Unifi Coverage (Cek Coverage Unifi Mobile)

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan cara check unifi coverage (cek coverage unifi mobile), check coverage unifi atau semak liputan unifi mobile 3G atau 4G dengan mudah.

Tips telco lain: Cara Check Balance Umobile (Check Baki Umobile Kredit, Data)

Check Unifi Coverage

Berikut adalah cara mudah untuk semak coverage unifi.

Cara Cek Coverage Unifi Mobile

  1. Layari laman web https://unifi.com.my/personal. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Unifi.
  2. Kemudian, pada laman tersebut, scroll mouse anda ke pilihan untuk Mobile.
  3. Sub-menu tambahan akan tertera. Tekan pada butang Postpaid.
  4. Pada laman seterusnya, di bawah menu tab untuk Postpaid, terdapat menu Klik pada butang Coverage yang berada di bawah butang Support.
  5. Untuk pautan yang lebih pantas, boleh sahaja klik https://unifi.com.my/mobile/postpaid/coverage
  6. Pada laman seterunya, scroll ke bawah dan anda akan lihat sebuah ruangan untuk diisikan. Anda boleh masukkan alamat anda yang ingin anda semak liputan Unifi, sama ada alamat tempat semasa anda sedang berada, atau alamat rumah anda untuk memeriksa liputan Unifi di rumah anda. Kemudian, tekan butang kecil di sebelah kanan ruangan tersebut.
  7. Sekiranya anda cuba memasukkan alamat penuh anda dan peta tidak dapat menunjukkan jawapan, cuba untuk masukkan nama taman dan negeri anda, atau nama mukim serta negeri.
  8. Selepas peta dapat ditunjukkan, anda boleh melihat kawasan di sekitar tempat anda yang mempunyai liputan 3G dan juga 4G.
  9. Pada kotak di bahagian kiri, untick salah satu daripada 4G Coverage atau 3G Coverage sekiranya anda mahu melihat kawasan mana yang meliputi salah satu daripada 4G atau 3G. Sekiranya anda mahu melihat liputan untuk 3G, untick pada 4G Coverage. Sekiranya anda mahu melihat liputan untuk 4G, untick pada 3G Coverage.
  10. Apabila anda untick kedua-duanya, anda akan melihat peta keseluruhan akan bertukar menjadi putih. Anda mampu mengesan kawasan yang diliputi oleh 4G dan 3G dengan tick salah satunya atau kedua-duanya sekaligus.
  11. Apabila ada tick pada 3G Coverage, kawasan yang diliputi oleh 3G akan bertukar warna menjadi kuning. Manakala apabila anda tick pada 4G Coverage, kawasan yang diliputi oleh 4G akan bertukar menjadi biru. Terdapat juga kawasan di Malaysia yang diliputi oleh kedua-dua 3G dan juga 4G.

Sumber: Therohani