Apple AirPods Max Diperkenalkan

Pada hari ini, Apple telah memperkenalkan fon kepala baru mereka yang dikenali sebagai AirPods Max. Untuk pengetahuan anda, pada sebelum ini Apple turut memperkenalkan beberapa produk audio seperti AirPods dan juga AirPods Pro.

iklan airpods max

Apple iPhone 12, 12 Mini, 12 Pro Dan 12 Pro Max Dilancarkan

Spesifikasi AirPods Max

AirPods Max ini merupakan fon kepala yang pertama hasil keluaran Apple (selain Beats) yang dilengkapi dengan fungsi noise cancellation. Fon kepala ini dilengkapi dengan cip Apple H1 untuk menawarkan ciri-ciri seperti Transparency ModeSpatial AudioAdaptive EQ dan sebagainya.

spesifikasi airpods max
airpods max harga

Apple turut menjanjikan kualiti audio yang baik seperti pengalaman berada di teater. AirPods Max turut mempunyai elemen Digital Crown dari Apple Watch untuk memudahkan anda mengawal volume, skip lagu atau untuk menjawab voice call.

airpods max digital crown

Harga AirPods Max

Di Malaysia, harga AirPods Max ini adalah RM2399. Tetapi, tarikh penawarannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Kami akan kemaskini artikel ini sekiranya terdapat info terbaru.

airpods max iphone

Warna AirPods Max

Apple menawarkan Apple AirPods Max ini dalam lima pilihan warna, termasuk biru, merah dan hijau selain putih dan hitam. Untuk menghubungkan ke peranti, pengguna boleh lakukannya secara nirwayar sama seperti keluarga AirPods yang lain.

airpods max merah
airpods max biru
airpods max hijau
airpods max hitam
airpods max putih

Bateri AirPods Max

Apple mengatakan fon kepala AirPods Max ini menawarkan masa mendengar lagu sehingga 20 jam, dan ia boleh dicas menggunakan pengecas Lightning yang digunakan pada iPhone.

airpods max warna

Sumber: Amanz