Cara Buat Duit Online Dengan Kitar Semula Sampah

Sebelum ini kita biasa tunggu kehadiran lori kitar semula yang lalu di kawasan perumahan untuk menjual barang kitar semula pada hujung minggu. Namun begitu, tahukah anda bahawa sekarang terdapat cara lebih mudah untuk menjual barang kitar semula tersebut? Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara buat duit dengan kitar semula sampah yang mudah cepat dan untung.

Cara Buat Duit Dengan Kitar Semula Sampah

Menurut satu perkongsian oleh neyrashazeyra di Twitter menceritakan bagaimana beliau berjaya menukarkan sampah kepada wang ringgit dengan menggunakan perkhidmatan Trash4Cash. Tambahan lagi, ini bukanlah kali pertama beliau mencubanya dan mejelaskan pernah menggunakan perkhidmatan sama sebelum ini.

kitar semula trash4cash

Cara Kitar Semula Menerusi Trash4Cash

Untuk menggunakan perkhidmatan kutipan sampah yang ingin dikitar semula, sesiapa yang berminat boleh memuat turun aplikasi Trash4Cash. Selepas permintaan kutipan dibuat, pihak syarikat akan menghantar wakil yang akan menguruskan sisa yang ingin dikitar semula di kediaman masing-masing.

kitar semula cara buat duit
barang kitar semula
kitar semula harga

Untuk memudahkan proses kutipan, pelanggan dinasihatkan untuk mengasingkan kertas yang dicetak dalam hitam putih dengan kertas yang dicetak berwarna kerana harga turut berbeza mengikut hitam putih atau warna. Selepas selesai, pihak Trash4Cash akan melakukan transaksi pembayaran melalui perbankan dalam talian.

kitar semula barang
cara buat duit dengan kitar semula
trash4cash

Lokasi Trash4Cash

Perkhidmatan Trash4Cash ini tersedia di beberapa negeri sahaja setakat ini. Mengikut semakan di laman rasmi Trash4Cash, perkhidmatan tersebut boleh didapati di:

  1. Perak
  2. Penang
  3. Kedah
  4. Perlis
  5. Selangor
  6. Kuala Lumpur
  7. Putrajaya

Senarai di atas ini mungkin akan ditambah pada masa akan datang.

Sumber: neyrashazeyra