Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan tekanan angin tayar kereta & tekanan angin tayar motor yang perlu anda tahu. Cara pam angin tayar kereta & pam angin tayar motor turut disediakan.
Panduan lain: Jenis Lesen Memandu Malaysia Yang Perlu Anda Tahu
Tekanan Angin Tayar Kereta
Setiap kereta dan motor mempunyai ukuran tekanan angin tayar yang tidak sama, kerana ianya bergantung kepada jenis kereta dan motor dan tayar yang digunakan.
Bagi kereta, untuk mengetahui sama ada tekanan angin kereta optimum atau tidak, anda boleh perhatikan Maklumat Tekanan Tayar (Tire-Loading Information) yang biasanya terletak di bahagian dalam bingkai pintu depan pintu utama kereta (pintu pemandu) seperti dalam gambar di bawah ini.
Panduan Tekanan Angin Tayar Kereta
Berikut adalah panduan tekanan angin tayar kereta yang boleh dikategorikan kepada empat bahagian iaitu kereta MPV, Kereta Bandar, Kereta Komersial, Kereta Sedan dan SUV.
- Kereta MPV (Avanza, Ertiga, Alza, dan sebagainya): 30-33 Psi atau 207-230 kPa
- Kereta Komersial : 30-35 Psi atau 207-241 kPa
- Kereta Bandar (Jazz, Yaris, Axia, dan sebagainya): 29-32 Psi atau 200-221 kPa
- Kereta Komersial : 30-35 Psi atau 207-241 kPa
- Kereta Sedan (Honda Civic, Toyota Corolla, Vios, dan sebagainya): 28-31 Psi atau 193-214 kPa
- SUV (Fortuner dan Pajero): 35-40 Psi atau 241-276 kPa
Tekanan Angin Tayar Motor
Untuk motor pula, untuk ketahui berapa sukatan angin yang tepat, seeloknya rujuk semula pada buku owner manual.
Sukatan kandungan angin tayar yang sesuai pada motor kapcai (125cc ke bawah), motor skuter, atau berat badan motor sekitar 110kh ke bawah, anda boleh ikuti panduan di bawah ini:
- Tayar belakang : 21-30 Psi atau 145-207 kPa
- Tayar depan : 15-30 Psi atau 103-207 kPa
Sumber: Motoqar