Tema Maal Hijrah 2024 /1446H & Sambutan Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tema Maal Hijrah 2024 /1446H & Sambutan Peringkat Kebangsaan

Lain: Doa Akhir Tahun Hijrah & Doa Awal Tahun Hijrah Rumi

Apa itu Maal Hijrah?

Maal Hijrah adalah tahun Islam yang amat penting bagi orang Islam iaitu Awal Muharam. Ia amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Koa Mekah ke Madinah pada tahun 622M.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam setiap tahun bagi takwim hijrah. Namun tahun Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan kalender Hijrah.

Makna Disebalik Logo Maal Hijrah

logo maal hijrah

Tarikh Cuti Maal Hijrah 2024

Awal Muharam 2024 adalah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia. Pada tahun ini, tarikh cuti Maal Hijrah 2024 jatuh pada 7 Julai 2024 bersamaan dengan 1 Muharam 1446.

Tema Maal Hijrah 2024 / 1446H

Tema Maal Hijrah 2024 / 1446H : Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024

Tema Maal Hijrah 2024

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1446H / 2024M pada 1 Muharam 1446H bersamaan 7 Julai 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anda boleh saksikan secara langsung bermula jam 9.30 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.

Diharapkan info tema maal hijrah terkini di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Tema Maal Hijrah 2024 /1446H : Sambutan Peringkat Kebangsaan (ecentral.my)