Siapa di sini gunakan dapur jenis gas burner macam ni?
Selalunya selepas beberapa tahun mungkin ada masalah susah nak hidupkan api.
Walaupun dah pusing tombol banyak kali tetap tak keluar spark/api.
Akhirnya ramai beli pistol spark api untuk selesaikan masalah tu. Bagaimana cara nak selesaikannya?
Caranya dengan hanya perlu tukar battery di bawah stove tu je.
- Cari lokasi battery.
- Beli battery baru. Biasanya saiz D.
- Tukar battery.
Percikan api akan kembali kuat selepas tukar battery. Selamat mencuba!
Kredit: @acaiijawe