Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tips cara bangun awal pagi yang mudah & berkesan.
Lain: Senarai Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan
Cara Bangun Awal Pagi
Berikut adalah tips cara bangun awal pagi:
Tips Bangun Awal Pagi : Jadikan Rutin Setiap Hari
Jadikan bangun awal sebagai rutin setiap hari secara tidak langsung dapat membantu menyokong ‘body clock’ diri anda.
Jadi rutin bangun awal setiap hari bukan lagi sesuatu yang sukar!
Fokus pada ‘To Do List’ Untuk Rancangan Esok Hari
Bagi membantu diri untuk bangun awal, niatkan untuk bangun awal bagi menyelesaikan senarai tugas/aktiviti yang telah disediakan sebelum masuk tidur.
Hal ini kerana secara tidak langsung anda sedang memberi ‘signal’ kepada badan bahawa anda perlu bangun awal.
Cara Bangun Awal Pagi : Gunakan Jam Penggera
Jam penggera adalah alat yang paling ideal untuk mengejutkan anda bangun tidur.
Kini, jam penggera hanya menggunakan telefon pintar dan anda sendiri boleh memilih bunyian yang MEMANG BUAT ANDA BANGUN.
Muzik yang lembut dan perlahan mungkin membuatkan anda sambung tidur. Andalah yang menentukan bagaimana hasilnya.
Elakkan Makan 1 atau 2 Jam Sebelum Tidur
Badan akan bekerja setelah anda mengambil makanan berat. Oleh itu, elakkan mengambil makanan berat sebelum anda masuk tidur.
Apabila perut menjadi terlalu kenyang atau terlalu lapar pasti akan membuatkan tidur anda terganggu.
Pastikan Ruang Tidur yang Selesa
Ya, ruang atau tempat tidur juga memainkan peranan untuk mendapat tidur yang berkualiti.
Pastikan tiada sisa makanan, pakaian yang telah dipakai atau pun alat-alat elektronik berada di tempat tidur anda.
Ruang tidur yang selesa boleh menyumbang pada kualiti tidur yang anda perlukan.
Diharapkan tips bangun awal pagi di atas ini dapat memberikan manfaat kepada anda.
Sumber: Tips Bangun Awal Pagi | BAHAGIAN KAUNSELING UPM