Anda malas untuk beratur panjang di bank semata-mata untuk tukar duit raya? Tahukah anda bahawa ada cara mudah untuk tukar duit raya 2021 dengan cara pergi ke mesin ATM? Dalam artikel ini kami akan jelaskan cara tukar duit raya di bank.
Bacaan lain: Senarai Lokasi Coin Deposit Machine Di Seluruh Negeri
Tukar Duit Raya 2021
Berikut adalah langkah mudah untuk tukar duit raya maybank 2021, disediakan oleh Mohd Shukur di Facebook beliau.
Pertama, pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.
Kemudian, tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.
Untuk pengetahuan anda, jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.
Senarai Lokasi Mesin ATM
Berikut adalah senarai 101 ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran duit raya di mesin ATM.
Sumber: Ecentral.my