Cara Tukar Tiub Basikal & Motorsikal, Harga, Lokasi

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Tukar Tiub Basikal & Motorsikal, Harga, Lokasi

Lain: Cara Tukar Nama Kereta

Sebab tiub tayar cepat bocor

Berikut merupakan antara 3 sebab utama kenapa tiub tayar anda cepat bocor

1. Tayar rosak – Kebanyakan dari kita sudah mengetahui tiub motosikal kita itu sudah bocor, tapi kita masih hendak bawa/redah juga, ini akan menyebabkan struktur tayar itu rosak. Jadi, jika struktur tayar itu rosak, tukar banyak kali pun, tiub itu tetap akan bocor. Jadi cara penyelesaiannya, pastikan anda tidak menunggang motosikal yang telah bocor untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk terhadap tayar

2. Kualiti tiub – Tiub jenis murah banyak yang tidak berapa berkualiti kerana nipis dan tidak tahan tekanan. Ada juga jenis tiub yang sudah disimpan lama menyebabkan kawasan lipatan tiub itu mudah bocor. Bila tekanan angin dimasukkan ke dalam tiub, tiub ini akan mengembang mengikut kadar tekanan yang dipam. Jadi apabila tiub nipis ini mengalami tekanan yang tinggi, ia akan mudah bocor apabila kita menggunakan motosikal tersebut di jalan raya sebab udara di dalam tiub itu akan mengembang disebabkan kepanasan. Jadi, pilihlah tiub yang agak berkualiti, tidak jauh berbeza pun harganya.

3. Masalah rim – Jika anda nampak rim anda itu sudah berkarat, ini adalah antara punca motor anda mudah bocor. Sebab jika rim sudah berkarat, jejari rim itu akan tertembus ke getah rim dan menyebabkan tercucuk ke tiub. Kes macam ini juga boleh berlaku, jadi sila berhati-hati dengan rim berkarat. Kadang-kadang serpihan karat yang termasuk dalam tayar juga boleh menjadi punca kebocoran kepada tiub anda.

Harga servis tukar tiub

Harga untuk tukar tiub tayar motorsikal sememangnya berbeza antara lokasi bengkel yang dihantar.

Walau bagaimanapun, julat harga untuk servis sebegini dalam lingkungan RM10 – RM20.

Bagi perkhidmatan memanggil pomen untuk datang ke tempat anda untuk menukar tiub yang sudah bocor, harganya pula biasanya bermula daripada RM20 kerana mengambil kira kos masa dan minyak pomen tersebut untuk datang ke tempat anda.

Harga servis sebegini mungkin lebih mahal jika anda memilih untuk membeli tiub yang lebih mahal dan berkualiti daripada bengkel atau pomen.

Cara tukar sendiri tiub

Sebenarnya sekiranya anda mempunyai peralatan dan alat ganti yang betul, anda boleh menukar sendiri tiub tayar anda.

Bagi yang tidak tahu caranya, anda boleh menonton video ringkas di bawah untuk mengetahui cara yang betul untuk menukar sendiri tiub tayar anda.

Cara Tukar Tiub Tayar Motorsikal : cara tukar tiub ban motor tayar pancit (youtube.com)

Cara Tukar Tiub Tayar Basikal : PENTING! Belajar Cara Tukar Tiub Tayar Basikal (youtube.com)

Nombor pomen bergerak

Sekiranya tiub anda sudah bocor dan anda mencari perkhidmatan pomen motorsikal bergerak untuk datang ke tempat anda untuk tukar tiub atau kerana masalah lain, sila hubungi nombor-nombor tertera di bawah untuk kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur:

  • 0125333585 WS jinjang
  • 0173917938 WS Shuhaimi K.One Danau Kota
  • 0182777375 WS Along D. Malawati
  • 0196000234 Faris Sg Buluh
  • 0197561055 Aidil Ishak Sg Buluh
  • 0123286760 WS Zubir Gombak
  • 0176807194 ws Nasha Gombak
  • 0179045053 WS Korie Sg pongsu
  • 01111883411 WS Wak Nahar Sepang
  • 0173919278 WS Aan Garage Balakong 01152916078 Es Adeean Damansara
  • 0173275597 Ws Apong 88
  • 0104019999 WS Budiman Sri Andalas
  • 0174349501 WS Che Pa Kajang
  • 01110284679 WS Pokok Ceri Pj
  • 0132702655 WS Key M.Kamal Pj
  • 0194881074 WS Angah Garage Kg Subang
  • 0182777027 WS Paktam Turbo Subang
  • 0194741074 WS Along MGT Subang
  • 0192219598 WS Ijan Puncak Alam
  • 0127247080 WS Mizi Green Zone saujana
  • 0173194653 WS Azam Bukit Beruntung
  • 0193079490 WS Jaz Bukit Jalil
  • 0172653390 Firdaus Pandan Indah

Diharapkan info tukar tiub di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Tukar Tiub: Cara Tukar Tiub Basikal & Motorsikal, Harga, Lokasi (ecentral.my)