Biodata Siti Nurhaliza

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Siti Nurhaliza biodata & fakta menarik penyanyi no 1 Malaysia yang perlu anda tahu.

Lain: Biodata Aisha Retno

Biodata Siti Nurhaliza

Nama penuh Siti Nurhaliza : Siti Nurhaliza binti Tarudin

Nama lain: CT Nurhaliza, Siti, Kak Siti, SN, Tokti, Mak Iti

Umur: 45 tahun (2024)

Tarikh lahir: 11 Januari 1979

Pekerjaan: Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen, ahli perniagaan, pelakon, jurucakap produk

Nama suami Siti Nurhaliza : Khalid Mohamad Jiwa (kahwin pada 2006)

Nama anak Siti Nurhaliza : Siti Aafiyah binti Khalid

Fakta Menarik Siti Nurhaliza

Berikut adalah beberapa fakta menarik siti nurhaliza yang boleh anda ketahui:

1. Siti dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak keempat dalam tujuh adik-beradik.

2. Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik, yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah juga bekerja sebagai penyanyi, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali

3. Datuknya, Bachik Abdul Rahman ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal.

4. Sewaktu zaman kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah dan kokurikulum, termasuk sukan dan pidato.

5. Dibesarkan dari sebuah keluarga sederhana, pada usia 9 tahun, beliau bangun tidur seawal jam 4:00 pagi untuk membantu ibunya membuat dan menjual pelbagai kuih buatan sendiri di kawasan kejiranan.

6. Siti juga pernah mengikuti bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik untuk persembahan jemputan seperti majlis perkahwinan dan majlis makan malam yang telah membantu beliau memberi pendedahan persembahan secara langsung.

7. Beliau juga pernah membawakan peranan kecil di dalam sebuah drama TV bersama Zizie Ezette ketika menduduki Tingkatan 4.

Diharapkan dengan info di atas ini anda lebih ketahui mengenai biodata Siti Nurhaliza.

Sumber: Biodata dan Latar Belakang Siti Nurhaliza – MYKMU.NET