Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Dari Majikan Semasa PKPB

Bagi meneruskan sektor ekonomi negara sewaktu penularan COVID-19, pekerja dibenarkan untuk bekerja dengan syarat mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal. Bagi pekerja yang perlu merentas daerah atau negeri untuk ke tempat kerja memerlukan surat kebenaran pelepasan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan masing-masing.

Senarai SOP PKPB Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri Terlibat Bermula 9 Nov

Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja PKPB

Di bawah dikongsikan contoh surat kebenaran pelepasan bekerja dari majikan semasa PKPB untuk panduan semua. Perhatian kepada majikan dan pekerja yang perlu merentas daerah atau negeri semasa PKPB, pastikan surat kebenaran pelepasan bekerja dibawa supaya dibenarkan oleh pihak Polis yang menjalankan sekatan jalan raya.

Panduan berkenaan Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Dari Majikan Semasa PKPB hanyalah contoh bagi membantu memudahkan para pekerja atau majikan untuk menulis surat tersebut mengikut beberapa jenis format.

Isi Kandungan Surat

Surat hendaklah ditaip menggunakan komputer (Format Surat Rasmi) dan bukan tulisan tangan. Berikut adalah antara isi yang perlu ada dalam surat sebagai butiran maklumat kepada pihak berkuasa untuk membuat rujukan:

  1. Kepala surat majikan (letterhead)
  2. Tajuk Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja 
  3. Tujuan kebenaran bekerja 
  4. Had kebenaran iaitu jarak atau tempat bekerja 
  5. Tempoh masa kebenaran sama ada untuk sehari, seminggu atau sepanjang PKPB berjalan
  6. Sertakan lampiran rujukan syarikat atau majikan untuk dihubungi
  7. Tandatangan atau cop syarikat 

Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Pertama

Kepala Surat Syarikat/ Majikan

Tarikh:

Kepada Pihak yang berkenaan

Tuan/Puan

PERKARA : SURAT KEBENARAN PERGERAKAN KEPADA PEKERJA DALAM TEMPOH PERINTAH PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Merujuk kepada perkara diatas dimaklumkan pihak majikan mengesahkan bahawa (Nama Pekerja) adalah pekerja syarikat kami yang bertugas di alamat:

Nama Syarikat:

Alamat Syarikat:

Nama Pekerja: 

Nombor Kad Pengenalan:

Kami memohon kerjasama pihak berkenaan yang bertugas untuk memberi kebenaran pergerakan kepada pekerja syarikat kami sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan dari (tarikh pelaksanaan PKPB). Hal ini kerana syarikat kami dikategorikan sebagai ‘Perkhidmatan Perlu’ dimana operasi perlu berjalan seperti biasa.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian seperti di bawah;

Nama Pegawai Sumber Manusia syarikat/majikan & No. Telefon:

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

(Nama Syarikat)

(Cop Syarikat/ Tandatangan Majikan)
(Pengarah/ Pegawai Sumber Manusia)

Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Kedua

Kepala Surat Syarikat/ Majikan

(Alamat Syarikat)

(No. Telefon Syarikat)

Kepada;

Yang Berkenaan

Rujukan Kami: (Nombor rujukan surat majikan/syarikat)

Tarikh:

Tuan/Puan

PERKARA : SURAT KEBENARAN/ PENGESAHAN

Merujuk kepada perkara diatas dimaklumkan adalah dimaklumakan bahawa syarikat dan individu seperti yang dinyatakan dibawah:
Nama Syarikat:

Nama Pekerja: 

Nombor Kad Pengenalan:

Adalah pekerja yang terlibat dalam sektor ‘bekeperluan’ bagi memastikan bekalan atau sektor terbabit mendapat bekalan yang cukup.

Untuk mkluman pihak tuan/puan, (nama syarikat) melalui surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertarikh (Tarikh kelulusan) (Nombor rujukan kebenaran MITI) mendapat kebenaran dari MITI untuk beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh PKPB.

Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik tuan/puan untuk memberi kebenaran kepada syarikat dan pekerja yang dinyatakan dalam surat ini untuk meneruskan perjalana dan melaksanakan tugas rasmi beliau.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian seperti di bawah;

Nama Pegawai Sumber Manusia syarikat/majikan & No. Telefon:

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(Nama Syarikat)

(Cop Syarikat/ Tandatangan Majikan)
(Pengarah/ Pegawai Sumber Manusia)

Sumber: Mysumber