KWSP Pengeluaran Akaun 1 Satu Permohonan i-Sinar Semakan Status

Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan KWSP akaun 1. Pada pembentangan Belanjawan 2021, telah pun diumumkan bahawa ahli-ahli pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan (dijangka sekitar 600,000 ahli yang terjejas) akan menerima manfaat ini.

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari Secara Online, Minimum RM50 Maksimum RM500 Sebulan

KWSP Pengeluaran Akaun 1 Satu i-Sinar

TERKINI: Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar, Permohonan berdasarkan kriteria semasa  akan diluluskan secara automatik

Perincian pengeluaran:

  1. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Berikut merupakan maklumat mengenai program i-Sinar seperti kelayakan memohon i-Sinar, tarikh memohon i-Sinar, cara memohon i-Sinar, semakan status i-Sinar, tarikh bayaran i-Sinar dan sebagainya.

i sinar kwsp
i sinar kwsp disember
i sinar kwsp online

Kelayakan Memohon KWSP i-Sinar

Menurut Kenyataan Media KWSP pada 2 Disember 2020, berikut adalah kelayakan memohon KWSP i-Sinar yang dibahagikan kepada dua kategori:

Kategori 1

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Untuk Kategori 1 ini, tiada dokumen sokongan diperlukan kerana kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. Ahli boleh momohon secara dalam talian melalui Permohonan i-Sinar secara online mulai 21 Disember 2020.

Kategori 2

Kriteria bagi Kategori 2 adalah ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020 yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu;

  1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Untuk Kategori 2 ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui Permohonan i-Sinar secara online mulai 11 Januari 2021.

Tarikh Memohon KWSP i-Sinar

Untuk ahli Kategori 1, permohonan boleh dibuat bermula 21 Disember 2020, manakala untuk ahli Kategori 2 boleh mula memohon mulai 11 Januari 2021.

Tarikh Bayaran KWSP i-Sinar

Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank pada hujung bulan selepas permohonan dibuat di mana pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.

Amaun pendahuluan akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6 bulan bermula tarikh pertama pengkreditan.

Ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1 tertakluk kepada baki minimum RM100.

Cara Memohon KWSP Pengeluaran Akaun 1 Satu i-Sinar

Cara permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP adalah seperti berikut.

Permohonan i-Sinar Atas Talian (Online)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan sebuah portal khusus untuk permohonan i-Sinar secara online atau atas talian. Pemohon boleh melayari portal tersebut seperti pautan yang disediakan di bawah dalam tempoh permohonan.

Untuk ahli Kategori 1, permohonan boleh dibuat bermula 21 Disember 2020, manakala untuk ahli Kategori 2 boleh mula memohon mulai 11 Januari 2021.

Layari portal Permohonan i-Sinar secara online

Permohonan i-Sinar Hadir Ke Pejabat KWSP

Pemohon juga boleh hadir ke mana-mana pejabat KWSP untuk membuat permohonan i-Sinar.

Penjelasan Perlu Ke Bayar Balik Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Menurut KWSP, berikut adalah penjelasan mengenai soalan perlu ke bayar balik setelah membuat pengeluaran akaun 1 KWSP:

bayar balik akaun 1 kwsp
penjelasan pengeluaran akaun 1 kwsp
ganti duit kwsp

Pertanyaan Mengenai KWSP i-Sinar

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari pengeluaran akaun satu KWSP, anda boleh hubungi talian bantuan seperti berikut:

Sumber: Mysumber