Urutan Batin Untuk Lelaki

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara urut batin lelaki serta manfaat & risiko untuk lelaki yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Urut Batin : Maksud, Manfaat & Risiko Untuk Lelaki (ecentral.my)

Lain: Cara Mandi Wajib Yang Betul Lelaki Dan Perempuan Dari JAKIM

Maksud Urut Batin

Urut batin adalah rawatan utama bagi memulihkan lemah

syahwat dalam kalangan lelaki. Biasanya rawatan akan dilakukan mengikut masalah yang dialami oleh individu tersebut.

Selain masalah fungsi anggota kelamin, kaum lelaki juga sering terdedah kepada masalah tenaga batin, iaitu merujuk kepada kurang keupayaan dan kekuatan ketika berjimak.

Urut Batin Lelaki

Dalam urutan batin, terdapat enam bahagian badan yang akan diurut iaitu:

  • Bahagian ari-ari
  • Tapak kaki kiri dan kanan
  • Celah-celah jari kaki kiri dan kanan
  • Jantung betis
  • Urat sebelah dalam paha
  • Bahagian kemaluan lelaki

Ketika mengurut, ia juga biasanya diselangi dengan bacaan doa pemulih saraf dan zikir pemulih tenaga batin.

urut batin

Urut batin juga selalunya menggunakan ramuan minyak khusus seperti minyak lenga (sesamum indicum) dan campuran biji lobak (Daucus carota) yang telah dilumatkan.

Di samping itu, tukang urut juga mungkin akan gunakan minyak campuran akar gaharu (Aquilaria malaccensis) dan akar ketapang (Terminalia catappa) yang dimasak dengan minyak kelapa.

Manfaat Urutan Batin

Berdasarkan kaedah urutan yang khusus, urut batin dipercayai dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan lelaki antaranya :

  • Mengatasi masalah ereksi
  • Membantu merawat masalah ejakulasi (ejakulasi pramatang, sakit ketika ejakulasi dan sebagainya)
  • Membantu mengatasi masalah prostat
  • Merawat masalah salur kencing
  • Membantu lelaki tahan lebih lama di ranjang

Risiko Urut Batin

Disebabkan perkhidmatan urut batin lelaki ini turut ditawarkan oleh tukang urut atau premis yang tidak berdaftar dengan KKM, dikhuatiri ia juga boleh memberikan kesan sampingan berbahaya.

Jika dilakukan dengan cara yang salah, urutan tersebut boleh memberikan kesan buruk seperti berikut :

  • Kerosakan kekal pada zakar
  • Jangkitan penyakit kelamin akibat tukang urut atau premis yang tidak mengambil berat keselamatan seksual dan faktor kebersihan.
  • Pemberi serta penerima urutan batin yang tidak berdaftar boleh dikenakan hukuman kompaun serta penjara.

Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan urutan batin, buat semakan dan pastikan pengamal perubatan tradisional tersebut telah berdaftar dengan KKM.

Sumber: Urut Batin : Maksud, Manfaat & Risiko Untuk Lelaki (ecentral.my)