Jenis Warna Nude & Contoh

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Jenis Warna Nude & Contoh warna nude yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/warna-nude/

Berkaitan: Bendera Malaysia : Maksud Warna & Lambang

Maksud Warna Nude

Warna nude dikenali disebabkan oleh berkait dengan kulit manusia, terutamanya orang Caucasian di Eropah.

Ini kerana warna ini membawa kepada coklat muda yang cenderung neutral malah warna ini juga boleh mewakili keseimbangan kerana ia sesuai untuk digabungkan dengan banyak warna.

Warna ini sering dikaitkan dengan krim, tetapi kedua-duanya adalah warna tersebut adalah warna yang berbeza.

Warna ini boleh dijumpai hex atau palet warna dalam aplikasi reka bentuk dengan kod hex #E3BC9A.

warna nude gambar contoh

Variasi Warna Nude

Warna ini mempunyai beberapa variasi warna yang lain iaitu:

Trending sekarang

  • Coklat
  • Tan (sawo matang)
  • Putih
  • Krim/Beige

Contoh Warna Nude / Jenis Warna Nude

Terdapat pelbagai jenis warna ini antaranya:

i) Nude Brown

Nude Brown mempunyai tona lebih gelap sedikit daripada nude biasa dan merupakan rona sederhana terang.

Mengikut warna RGB, warna ini terdiri daripada 73.73% merah, 61.96% hijau dan 50.98% biru.

Kod hex bagi warna ini ialah #bc9e82.

warna nude

ii) Nude Pink

Variasi warna ini ialah Nude dan warna Merah Jambu.

Dalam warna RGB, ianya terdiri daripada 86.67% merah, 75.29% hijau dan 70.59% biru.

Kod hex bagi warna ini ialah #ddc0b4.

warna nude

iii) Nude Beige

Warna ini dipercayai memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan.

Mengikut warna RGB, ianya terdiri daripada 79.22% merah, 72.55% hijau dan 65.49% biru.

Kod hex bagi warna ini ialah #cab9a7.

warna nude gambar contoh

iv) Nude Cream

Merupakan campuran antara Nude dan Krim yang memperlihatkan rona yang lebih lembut.

Kod hex warna ini adalah #f3e2d6.

warna nude

v) Dark Nude

Dark Nude merupakan rona yang lebih gelap dalam kategori Nude.

Dalam RGB, warna ini terdiri daripada 80.0% merah, 70.2% hijau dan 63.92% biru.

Kod hex warna ini ialah #ccb3a3.

warna nude

vi) Light Nude

Light Nude mempunyai ton yang lebih terang daripada Nude biasa dan boleh digunakan sebagai alternatif kepada warna putih.

Untuk RGB, warna ini terdiri daripada 90.2% merah, 86.67% hijau dan 84.71% biru.

Kod hex warna ini ialah #e6ddd8.

warna nude

Sumber: https://ecentral.my/warna-nude/