Bendera Malaysia : Maksud Warna & Lambang

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai bendera Malaysia seperti maksud warna bendera, maksud lambang bendera & muat turun bendera Malaysia.

Lain: Lagu Negeri Selangor : Lirik & Sejarah

Bendera Malaysia

Berikut adalah artikel mengenai bendera negara Malaysia yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Bendera Malaysia – Maksud Warna, Lambang, Muat Turun Gambar (ecentral.my)

Apa itu Bendera Malaysia

Menurut laman mypt3.com, Bendera malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang. Jalur Gemilang ini terdiri daripada 14 jalur merah dan putih yang berselang seli, terdapat kanton biru tua, bulan sabit kuning dan bintang pecah 14 yang membawa maksud yang tersendiri

Maksud Corak Bendera & Rekabentuk Bendera Malaysia

Bendera Malaysia terdiri daripada garisan 14 jalur merah dan putih berselang-seli dan lambang bulan sabit dan bintang 14 mata. dikenali sebagai Bintang Persekutuan.

14 jalur, dengan lebar yang sama, mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negara anggota dan wilayah persekutuan, manakala 14 titik bintang mewakili perpaduan antara entiti ini.

Bulan sabit mewakili agama Islam sebagai agama negara.

bendera malaysia jalur gemilang

Maksud Warna pada Jalur Gemilang

Biru: Latarbelakang bulan sabut dan bintang yang berwarna biru pula melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

Kuning: Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu.

Merah: Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta

Putih: Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum

bendera malaysia

Sejarah Penciptaan Bendera Malaysia & Rekabentuk

Berikut adalah info mengenai sejarah bendera Malaysia.

sejarah bendera malaysia

Muat Turun Gambar & Background

Berikut dikongsikan beberapa imej yang boleh anda muat turun sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

gambar bendera malaysia
Gambar bendera Malaysia png

Sumber: Bendera Malaysia – Maksud Warna, Lambang, Muat Turun Gambar (ecentral.my)